Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl laut, sungai besar, danau besar; amir al ~ raja laut (laksamana); akar ~ sj karang, Antipathes abies. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark ® bahara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan pada ayat ini? Anak perempuan sulung Encik Bahar bekerja di Sistem Penerbangan Malaysia.Ayat yang dinyatakan tiada kesalahan.Tatabahasa09.07.2013
Saya memohon asa pihak tuan untuk melihat bahasa yang digunakan dalam instrumen kajian sayaSekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan kepada Puan Fadhilah binti Ab. Bahar melalui alamat e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.

Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut:

Jenis huruf: Arial/Times New Roman
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris
Penyemakan dan penterjemahan07.09.2022
Saya mahu khidmat nasihat tentang translation yang saya lakukan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Semakan lampiran yang disertakan merupakan semakan dokumen. Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen puan kepada Puan Fadhilah binti Ab. Bahar melalui e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.







Sila pastikan dokumen puan mengikut format berikut:







Jenis huruf: Arial/Times New Roman



Saiz huruf: 12



Langkau: 2 baris

Lain-lain29.11.2022
Salam, saya ingin bertanya berapa caj bagi khidmat semakan dokumen bahasa Melayu dan dokumen terjemahan bahasa Inggeris - bahasa Melayu yang dikenakan mengikut patah perkataan?
Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen puan kepada Puan Fadhilah binti Ab. Bahar melalui alamat e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.

Sila pastikan dokumen puan mengikut format berikut:

Jenis huruf: Arial/Times New Roman
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris
Penyemakan dan penterjemahan14.09.2022
Selamat sejahtera. Kami telah hantar gambar papan premis untuk mendapat kelulusan. Di sini sertakan gambar papan tanda premis untuk rujukan tuan/puan. Kami akan paparkan 3 papan premis seperti gambar yang disertakan. (1. ESTeX, World Class Support & Nama kilang dengan alamat).Adakah ketiga-tiga papan premis dikehendaki mendapat kelulusan dari dewan bahasa? Sila nasihat dan terima kasih atas bantuan pihak tuan / puan.
Pihak kami telah menghubungi tuan berhubung dengan pertanyaan tersebut melalui talian 012-4938155 namun panggilan tersebut tidak berjawab. Mohon pihak tuan menghubungi Puan Fadhilah binti Bahar melalui talian 03-21479691/9300  untuk perbincangan lebih lanjut.
Lain-lain20.09.2019
Apakah perbezaan dua perkataan ini (atau tidak ada perbezaan): 1) hati nurani 2) sanubari . Bagaimana menggunakan dua perkataan ini? Bolehkah tuan/puan menunjukkan 4 contoh ayat bagi “ hati nurani” dan 4 contoh ayat bagi “ sanubari? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata “sanubari” bermaksud:

1. pusat segala perasaan; hati

    Contoh ayat: “Jauh dalam sanubari Bahar, tertancap kekaguman yang amat besar kepada basir yang sangat elok peribadinya”.


2. perasaan dalam hati atau batin

    Contoh ayat: “Tidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada sanubari penyairnya”.

 

Kata “Nurani” pula membawa maksud perasaan dalam diri seseorang atau berkaitan dengan cahaya. Contoh ayat: “Persembahan M Nasir cukup memukau nurani penonton”.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna11.09.2023
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan/Cik, Saya Norain Mohd Tamsir, Personel MySTEP di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman tuan/puan, kami di IYRES bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) untuk meghasilkan sebuah 'Coffee Table Book' sebagai hasrat untuk menghargai tokoh belia Malaysia di atas sumbangan mereka kepada negara dan menjadi bahan inspirasi kepada belia generasi kini. Oleh itu, pihak kami memerlukan 'peer review' untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan dalam penulisan buku tersebut. Boleh kami dapatkan nama-nama pegawai atau siapa-siapa yang boleh membantu kami untuk tujuaan ini? Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.Untuk makluman puan, DBP menyediakan perkhidmatan semakan dokumen secara berbayar. Kami akan mengeluarkan sebut harga dan sekiranya pihak puan bersetuju barulah semakan dilakukan. Sila hubungi kami melalui e-mel dan lampirkan manuskrip berkenaan melalui fadhilah@dbp.gov.my (Puan Fadhilah binti Bahar) dan ayu@dbp.gov.my (Puan Rohayu binti Ismail). Lain-lain17.09.2021

Kembali ke atas