Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl laut, sungai besar, danau besar; amir al ~ raja laut (laksamana); akar ~ sj karang, Antipathes abies. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark ® bahara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKAR BAHARAkar bahar ialah karang berwarna-warni
berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka
yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk
membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri
daripada koloni haiwan karang individu yang
dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada
tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa
terdapat di terumbu dan  perairan cetek di
sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan
Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning,
jingga, atau ungu terang.
UMUMUmum
LONG BAHAR

LONG BAHAR (  ?  -1733),  Sultan Kelantan (m.m. 1721-1733). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Bahar dikenal juga dengan nama Tuan Besar. Sebelum menetap di negeri Kelantan, Long Bahar dikatakan telah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Tuan Nik atau Tuan Sulaiman dan Tuan Melor. Semasa di Kelantan dia memperoleh beberapa orang anak, antaranya Tuan Kundor dan Tuan Nik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KNIDARIA

Knidaria ialah nama sekumpulan haiwan air

berbadan lembut. Kumpulan ini termasuk hidra air

tawar, hidroid, ubur-ubur, akar bahar, buran laut,

dan karang. Haiwan ini membentuk filum (kumpulan

besar) yang dinamakan Knidaria.

UMUM 
RAJA OMAR

RAJA OMAR ( ? -1721), Sultan Jembal (1675/1686-1721). Mengikut sumber sejarah Kelantan, pada awal abad ke-17, ada sebuah negeri atau kerajaan bernama Jembal di Kelantan. Pada tahun 1638, Jembal diperintah oleh seorang raja bernama Raja Sakti. Baginda mempunyai empat orang putera, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Omar dan Raja Sungai serta tiga orang puteri, iaitu Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor dan Puteri Cempaka Bongsu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas