Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahas;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila bantu saya untuk soalan berkaitan Hukum D-M di bawah. Yang manakah betul? `Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri`,`Pertandingan Bahas Akhir Piala Ketua Menteri`ATAU Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Akhir` Terima Kasih.Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri.Tatabahasa14.08.2008
Salam 1Malaysia, Ayat yang betul... 1. PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU PERSAHABATAN atau PERTANDINGAN PERSAHABATAN BAHAS BAHASA MELAYU 2. Kata sendi nama PADA dan KEPADA merujuk kepada apa? Terima kasih.1. Pertandingan Bahasa Bahasa Melayu Persahabatan.
2. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.
Tatabahasa01.04.2014
Salam sejahtera, "bengkel berbahas" atau "bengkel bahas"? Semoga soalan yang diajukan jelas dan mudah difahami untuk pihak Tuan. Terima kasih.Penggunaan yang tepat ialah Bengkel Bahas, sama seperti Bengkel Pidato.Tatabahasa24.08.2020
1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas?Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih.Makna15.10.2008
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. RahmanUntuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat.  Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain,  puan boleh berhubung dengan  pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. Lain-lain11.02.2009
saya ry sralyhas belajar bahas melayu di fatoni universiti umur saya 20 tahun saya belajar jabatan usuluddinSyabas kerana terpilih mempelajari bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan tuan tentang penggunaan bahasa Melayu dengan jelas untuk memudahkan kami membantu masalah yang tuan hadapi.Lain-lain28.10.2015
Jelaskan proses prosodi dan suprasegmental bahas Melayu dengan perbandingan dialek Perak dan bahasa Melayu baku.Saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku berkaitan dialek atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan atau boleh memohon bantuan pensyarah universiti bagi mendapatkan bahan-bahan ini.Lain-lain17.10.2007
Mohon dapatkan istilah bagi kata 'Gallery Walk' dalam bahas Melayu. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "galeri susur minda" atau "galeri jelajah minda".Penyemakan dan penterjemahan18.03.2015
Bolehkah perkataan 'konklusi' dalam karangan digunakan kerana dalam pertandingan pidato atau bahas, kita selalu dengar pelajar menggunakan perkataan 'konklusi'.Konklusi tidak digunakan, yang betul ialah kesimpulan.Istilah11.08.2008
As salam tuan, Bagaimana untuk saya dapatkan salinan sijil pengesahan Bahasa dari Dewan Bahas dan pustaka (DBP) untuk contoh draf papan tanda yang saya sertakan ini (dilampirkan dalam fail). Ini kerana sijil tersebut diperlukan untuk saya membuat permohonan lesen premis perniagaan dan iklan dengan Majlis Perbandaran Jasin, Melaka. harap tuan dapat bantu saya. sekian terima kasih Hazlen Jisan 0196625360Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (carian melalui Google). Iklan yang disahkan oleh pihak kami akan memperoleh sijil pengesahan yang boleh dicetak untuk dikemukakan kepada pihak PBT.Lain-lain21.11.2016
123

Kembali ke atas