Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.has] | بحث

Definisi : penyelidikan, pengupasan, perbincangan; ilmu ~ pengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yg benar) dgn jalan bertukar fikiran;berbahas, berbahas-bahasan berbincang dgn seseorang atau pihak yg lain mengenai sesuatu perkara dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat: mereka ~ mengenai kesalahan bahasa;membahaskan 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;bahasan 1. kritik, penyelidikan; 2. = perbahasan; perbahasan 1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan: dlm ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yg bukan-bukan; ~ mengenai rang undang-undang; 2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal): ~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;pembahasan perihal membahaskan;pembahas orang yg membahaskan (sesuatu perkara), orang yg mengambil bahagian dlm (peraduan) perbahasan: ~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri drpd dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.has] | بحث

Definisi : 1 perbincangan; pengupasan. 2 penyelidikan; pemeriksaan. berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. membahas 1 menyatakan tidak setuju dgn sebab-sebab tertentu; menyanggah (dgn alasan tertentu); mendebat: Ali telah ~ pendapat Musa dgn panjang lebar dlm forum tsb. 2 menyelidik; memeriksa. memperbahaskan menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. perbahasan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. pembahasan perbuatan atau hal membahas. pembahas 1 orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2 orang yg berbahas atau memperbahaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahas


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
debatingn (attrib) bahas: ~ team, pasukan bahas; ~ society, persatuan bahas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guillotinen 1. device for beheading criminals, gilotin; 2. machine used for cutting paper, pemotong kertas; 3. (Parl) pangkas bahas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debaten 1. formal discussion, perdebatan, perbahasan: parliamentary ~, perdebatan parlimen; 2. informal discussion, berdebat: after the lengthy ~ they decided to drop the matter, selepas berdebat dgn panjang lebar mereka memutuskan utk melupakan perkara itu; 3. (contest) pertandingan bahas: an inter-school ~, pertandingan bahas antara sekolah; /in, under/ ~, yg /di(per)bahaskan, di(per)debatkan, dipersoalkan/: the issue under ~, isu yg diperbahaskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas