Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.has] | بحث

Definisi : penyelidikan, pengupasan, perbincangan; ilmu ~ pengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yg benar) dgn jalan bertukar fikiran;berbahas, berbahas-bahasan berbincang dgn seseorang atau pihak yg lain mengenai sesuatu perkara dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat: mereka ~ mengenai kesalahan bahasa;membahaskan 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;bahasan 1. kritik, penyelidikan; 2. = perbahasan; perbahasan 1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan: dlm ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yg bukan-bukan; ~ mengenai rang undang-undang; 2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal): ~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;pembahasan perihal membahaskan;pembahas orang yg membahaskan (sesuatu perkara), orang yg mengambil bahagian dlm (peraduan) perbahasan: ~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri drpd dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.has] | بحث

Definisi : 1 perbincangan; pengupasan. 2 penyelidikan; pemeriksaan. berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. membahas 1 menyatakan tidak setuju dgn sebab-sebab tertentu; menyanggah (dgn alasan tertentu); mendebat: Ali telah ~ pendapat Musa dgn panjang lebar dlm forum tsb. 2 menyelidik; memeriksa. memperbahaskan menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. perbahasan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. pembahasan perbuatan atau hal membahas. pembahas 1 orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2 orang yg berbahas atau memperbahaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahas


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bahas Melayu kian pudarMohd Arif AtanBerita Harian30.12.2008
Bahas guna bahasa MalaysiaFaizatul Farlin Farush KhanHarian Metro23.08.2007
Bahas buku Kassim anjuran Abim tegangTiadaUtusan Zaman29.06.1986
Bahas SBP: selangkah kehadapan dua langkah ke belakangNik Safiah KarimBerita Harian29.09.1997
Bahas Melayu SPM: meringkaskan karanganJohnny TanHarian Ekpres11.04.1995
Bahas antara MRSM esokTiadaBerita Harian27.07.1990
Bahas bahasa...Pak SakoBacaria04.10.1986
Bahas bahasa MelayuPak SakoBacaria30.08.1986
Pertandingan Bahas Piala KM cungkil bakat pelajarTiadaUtusan Borneo23.05.2008
Pertandingan bahas cungkil bakat pelajarSiti Hazlinda TahirSinar Harian14.04.2008
12345

Kembali ke atas