Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.sa] | بهاس

Definisi : 1 sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran: ~ Melayu; ~ Jawa. 2 kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan: Orang-orang drpd pelbagai kaum di Malaysia menggunakan ~ Melayu. 3 kelakuan yg baik: tak tahu ~ kurang ajar; tidak sopan. ~ asing bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. ~ badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. ~ baku ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). ~ basahan bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. ~ dalam kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). ~ halus kata-kata atau bahasa yg sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt bersalin, hamil, dan meninggal dunia). ~ ibu (ibunda) bahasa yg pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan utk berhubungan dgn keluarga dan lingkungannya. ~ kasar kata-kata atau bahasa yg tidak sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt mampus dan melahap). ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. ~ lisan ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, mis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ~ pasar ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). ~ pengantar bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. ~ penyatu bahasa yg memainkan peranan penting dlm menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb. ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan dlm karya kesusasteraan. ~ rasmi bahasa yg digunakan dlm perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. ~ tulis (tulisan, surat) ragam bahasa spt yg digunakan dlm karangan-karangan bertulis (sbg lw bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dgn panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak ~ saudara lelaki mereka yg tertua, yop. 2 menyatakan dgn kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup ~ kesedihan yg ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Bermaksud :

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Rekonstruksi dan Cabang-Cabang Bahasa Melayu Penyelenggara : Mohd Thani Ahmad Zaini Mohamed Zain Tahun terbit : 1988 Halaman : 155 Abstrak : Buku ini merupakan himpunan tujuh buah kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Antarabangsa Sejarah Bahasa Melayu. Kumpulan kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan daripada pakar-pakar linguistik sejarah rumpun Austronesia yang banyak terlibat dalam penyelidikan bahasa. Himpunan kertas kerja ini mengandungi maklumat tentang rekonstruksi bahasa D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=11&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=10&hits=6+23+38+41+43+44+49+4f+5e+64+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu Penulis : Hashim Musa Tahun terbit : 2003 Halaman : 470 Abstrak : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu merupakan hasil kajian Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu yang mula digerakkan pada tahun 1988. Buku ini memberikan gambaran dan sejarah tentang pelbagai sistem tulisan iaitu, Pallava, Kawi D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=11&hits=8+19+23+3e+5b+5c+7f+97+a5+aa+b0+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu Penulis : Asmah Haji Omar Tahun Terbit : 2005 Halaman : 89 Abstrak : Buku ini memaparkan tentang penyebaran bahasa Melayu di dalam dan di luar alam Melayu, melalui pendekatan bersepadu yang melihat penyebaran bahasa dalam konteks ruang dan masa. Bahasa tidak wujud sendiri, tetapi memerlukan orang mewujudkannya. Orang atau D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=11&hits=5+16+25+2b+36+4b+54+87+8d+ac+c6+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahan Kesusateraan Klasik-Kedah.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah Penulis : Asmah Haji Omar Tahun terbit : 1995 Halaman : 273 Abstrak : Buku Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah memberikan gambaran tentang pertumbuhan beberapa aspek fonologi, morfofonemik dan nahu dialek Kedah dan juga bahasa Melayu amnya. Pendekatan yang diterapkan dalam menganalisis Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah adalah D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahan Kesusateraan Klasik-Kedah.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=9&hits=2+11+23+2b+47+5a+67+dd+f7+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Pensejarahan Bahasa Melayu beberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan konsep projek penyusunan Sejarah Bahasa Melayu. Aspek penting yang dibincangkan ialah tumpuan utama yang D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=7&hits=3+1e+33+45+73+7e+84+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Analisis Bahasa dalam Kitab Tib-Pontianak.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Analisis Bahasa dalam Kitab Tib Pontianak Penulis : Ab. Razak Abd. Karim Tahun Terbit : 2006 Halaman : 192 Abstrak : Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa berdasarkan Kitab Tib Pontianak. Kitab ini merupakan kitab yang terkenal di Kalimantan sebagai sebuah kitab perubatan yang penting dalam masyarakat Melayu sebelum kemunculan perubatan moden. Dalam proses penyediaan bahan-bahan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Analisis Bahasa dalam Kitab Tib-Pontianak.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=9&hits=3+1b+5b+6c+76+7b+88+99+a0+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah Penulis : Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah Tahun terbit : 1997 Halaman : 252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=4&hits=5+1f+6d+a8+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Penulis : Sanat M. Nasir Tahun terbit : 2002 Halaman : 553 Abstrak : Buku ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan tautan wacana bahasa Melayu, berasaskan Lidah Pengarang akhbar Utusan Zaman dari tahun 1957-1961. Tumpuan kajian ini berasaskan kepada salah satu aspek komponen tekstual iaitu tautan dalam wacana bahasa Melayu. Komponen tekstual yang D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=15&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=5&hits=5+1b+35+67+df+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Sintaksis Bahasa Melayu Bersumberkan Karya Sastera Penulis : Awang Sariyan Tahun Terbit : 2009 Halaman : 364 Abstrak : Kajian ini berkaitan dengan aspek sistem tatabahasa iaitu kajian sintaksis bahasa Melayu berdasarkan karya sastera Melayu klasik dan karya sastera Melayu moden. Untuk sastera Melayu klasik, Sulalatus Salatin dipilih menjadi sumber korpus dan sastera Melayu moden pula cerpen-cerpen Keris Mas D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=5&hits=3+1b+4b+7e+b1+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Dialek Melayu Sarawak.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Dialek Melayu Sarawak Penulis : James T. Collins Tahun terbit : 1987 Halaman : 100 Abstrak : Buku ini memaparkan kajian tentang sejarah bahasa Melayu di Sarawak. Kajian yang dilakukan meliputi kampung-kampung Melayu yang terdapat di Bahagian Pertama di sepanjang lembangan Sungai Sarawak. Sejak dahulu diketahui bahawa di sepanjang pantai utara pulau Borneo terdapat sekurang-kurangnya dua dialek Melayu iaitu Dialek Sarawak dan dialek Brunei. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan bahasa Melayu Sarawak dengan bahasa Melayu baku. Di dalam kajian dialek Melayu Sarawak ini dua kaedah kajian digunakan iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kaedah kajian lapangan menggunakan soal selidik dan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Dialek Melayu Sarawak.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=4&hits=15+47+4b+98+
12

Kembali ke atas