Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa I

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundurBahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.  Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi.Lain-lain24.08.2023
apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu

Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
1.Adakah ejaan internet atau Internet? 2. Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Bahasa Sepanyol atau bahasa Sepanyol?

1. Internet ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.

2. Penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu dan bahasa Sepanyol.

Lain-lain09.12.2022
Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit?

Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Lain-lain24.08.2023
Apakah asal usul bahasa melayu?

Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain29.08.2023
Perkhidmatan penterjemahan perkataan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris: Project Delivery Division Bahasa Malaysia:Kami mencadangkan Project Delivery Division diterjemahkan kepada "Bahagian Penyampaian Projek", sekiranya bersesuaian dengan konsep yang berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
Perkataan "enthusiasm" merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perihal bersemangat atau ghairah; semangat; keghairahan (Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua). Oleh itu, dalam penulisan bahasa Melayu perkataan "keghairahan" atau "bersemangat" boleh digunakan mengikut konteks penulisan tuan. Terima kasih atas maklumbalas, namun begitu saya masih keliru, adakah "antusiasme" boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...kerana saya ingin menggabungkan altruisme, harmonisme dan antusiasme...seperti pada jawawapan persolan yang lepas...altruisme dan harmonisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia...tetapi bagaimana dengan "antusiasme"?Berdasarkan semakan kami, perkataan "enthusiasm" dipadankan dengan perkataan "bersemangat" atau "keghairahan" dan perkataan "antusiasme" tiada dalam data kami. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan "antusiasme" tidak digunakan dalam penulisan bahasa Melayu.Tatabahasa22.08.2023
Asalamualaikum wbt admin DBP. Saya perlukan pencerahan. Yang mana satukah ayat ini betul dari segi tatabahasa? (1) terjemahan daripada bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris (2) terjemahan daripada bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris (3) terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris Terima kasih.Jawapan yang betul ialah terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau terjemahan bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris.
Tatabahasa23.02.2023
12345678910...

Kembali ke atas