Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa I

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa.Pantun Melayu SarawakAgama
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
1234

Kembali ke atas