Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa kebangsaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah itu akta bahasa kebangsaan? apakah fungsi akta bahasa kebangsaan? mengapa akta bahasa kebangsaan diwujudkan? siapakah yang pernah membuat penyelidikan berhubung akta bahasa kebangsaan?Akta Bahasa Kebangsaan ialah undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen tentang penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi negara. Setiap negara merdeka mempunyai akta bahasa kebangsaan masing-masing antara lain untuk mendaulatkan bahasa ibunda sesuatu negara. Sila kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang akta tersebut ataupun akta-akta yang lain juga.Lain-lain09.10.2007
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih.Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia.Lain-lain28.01.2007
apakah fungsi bahasa sebagai bahasa kebangsaan?Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan dengan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai topik berkenaan bahasa kebangsaan. Sila jelaskan secara spesifik perkara yang hendak ditanya.Lain-lain06.08.2008
boleh berikan saya maklumat tentang bahasa kebangsaan secara mendalam?sama ada dari segi maksud,fungsi atau lain-lain yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan.Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan dengan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai topik berkenaan bahasa kebangsaan. Sila jelaskan secara spesifik perkara yang hendak ditanya.Lain-lain12.09.2006
SAYA ADA PERTANYAAN TENTANG EMPAT FUNGSI BAHASA MELAYU IAITU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI, BAHASA ILMU DAN BAHASA PERPADUAN. TERIMA KASIHBahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana Jabatan Linguistik, IPTA.Makna10.07.2008
apakah maksud definisi bahasa kebangsaan dan penggunaannyaBahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.Makna02.10.2006
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN? SILA BERIKAN DENGAN TERPERINCI DAN DIHANTAR KEDALAM EMEL SAYABahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana Jabatan Linguistik, IPTA.Lain-lain21.08.2007
Perbezaan Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan

Saudara,

Akta Bahasa Kebangsaan membincangkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, manakala Akta Pendidikan menyentuh aspek sistem pendidikan negara.   

Lain-lain04.07.2010
saya ingin dapatkan maklumat mengenai bahasa kebangsaan & budaya kebangsaan di malaysia......Maklumat terperinci tentang bahasa kebangsaan dan budaya masyarakat Malaysia boleh diperoleh melalui buku-buku rujukan yg boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau kedai buku, cth buku Bahasa Kebangsaan, Ab. Rahman Ab Rashid (Longman), Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia, Mohd Taib Osman (DBP), Masyarakat & Kebudayaan Malaysia (DBP)Lain-lain20.08.2007
untuk penggunaan bahasa kebangsaan,adakah BAHASA MELAYU @ BAHASA MALAYSIA?Di dalam Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka, perkataan bahasa Melayu yang betul.Lain-lain02.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas