Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa melayu

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu.Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu."Ejaan30.08.2023
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
Apakah bahasa melayu klasik yang paling susah untuk diungkapkan?Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu klasik tidak sukar untuk diungkapkan.  Walau bagaimanapun, ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang panjang, berulang-ulang dan banyak penggunaan ayat pasif serta songsang menjadikan bahasa Melayu klasik agak sukar untuk difahami.Lain-lain24.08.2023
Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundurBahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.  Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi.Lain-lain24.08.2023
1.Adakah ejaan internet atau Internet? 2. Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Bahasa Sepanyol atau bahasa Sepanyol?

1. Internet ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.

2. Penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu dan bahasa Sepanyol.

Lain-lain09.12.2022
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Ejaan mana satu adalah betul? Bahasa Melayu? Atau bahasa Melayu?Yang betul ialah, bahasa Melayu.Lain-lain16.10.2023
Salam DBP, Apakah padanan bahasa Melayu "mashrabiya screen" dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah mashrabiya screen ialah tabir mashrabiya.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.12.2022
Adakah setiap perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu Klasik mempunyai sebutan fonetik yang sama sepenuhnya dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu Moden dalam kamus-kamus terbitan DBP?Transkripsi fonetik hanya disediakan dalam kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus ini memanfaatkan maklumat yang terkandung dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terakam dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2008).

Hampir semua kata entri dan terbitannya menggunakan lambang fonetik antarabangsa (IPA) SIL Manuscript yang dieja dengan sebutan baku, termasuklah kata daripada bahasa Melayu klasik. Setakat hari ini, kamus terbitan DBP tidak membezakan sebutan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
Lain-lain10.04.2023
Apakah maksud Bahasa Melayu?Secara ringkasnya, merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), bahasa Melayu ditakrifkan seperti yang berikut:

bahasa Melayu kata nama
1 bahasa daripada rumpun Austronesia yang paling banyak jumlah penuturnya, iaitu melebihi 200 juta orang, dan menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura;
2 mata pelajaran yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi;

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008),  Ensiklopedia Bahasa Melayu (DBP, 2008), Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia (DBP, 1998) dan rujukan lain. 
Makna06.11.2023
12345678910...

Kembali ke atas