Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,

Puisi
 

Kalau ada menanam tebu,
     Boleh dijual di pasar desa;
Kalau kita jadi tetamu,
     Biar pandai berbudi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
semio Bj Smpasar tani, tamu.Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. Di samping itu Desa Selengkutai mempunyai semio untuk berurus niaga.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tamu MSbpekan (pasar) sehari.Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kromboi Bd, Sksejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering.Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit.Pedoman RakyatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sokot Bdsejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau)Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas