Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.wa] | بهاوا

Definisi : 1. kata hubung yg menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yg sebelumnya atau sesudahnya), bahasa: pemerhati-pemerhati berkata ~ dgn letupan bom atom, China hendak meluaskan lagi pengaruh politiknya di Asia dan Afrika; 2. pembuka kalimat pokok, sungguh-sungguh, adapun: ~ ia kaya sungguh; 3. = sebahawa sl keadaan(nya), sifat(nya), adanya: kelakuan puteri itu manis se~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.wa] | بهاوا

Definisi : Pl ingin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.wa] | بهاوا

Definisi : kata penghubung yg merangkaikan ayat induk dgn anak ayat: Beliau menegaskan ~ rancangan itu akan dimulakan dlm beberapa bulan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahawa

Peribahasa

Tampak duri takkan mengait.

Bermaksud :

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hail stagetahap hujan batuMeteorologiMeteorologi PerhubunganTahap pembekuan termodinamik titisan air yang terampai dalam udara yang naik secara adiabatik dengan suhu di bawah takat beku, dengan andaian bahawa pelepasan bahawa pendam lakuran mengekalkan suhu malar sehingga semua air dibekukan.
dualismdualismePerubatanTiada1. Teori bahawa terdapat dua sel yang berbeza bagi pembentukan sel darah. 2. Teori bahawa manusia terdiri daripada dua sistem yang biasa, iaitu minda dan jasad.
communalistpengkaumanSejarahTiadaOrang yang memegang fahaman bahawa dalam sesebuah pertubuhan, pada prinsipnya mestilah memastikan bahawa unit sosial atau politiknya adalah berpemerintahan sendiri.
heliocentric theoryteori heliosentrikMatematikTiadaPandangan yang mengatakan bahawa matahari merupakan pusat sistem suria, dan bahawa bumi dan planet beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang berbentuk elips.
ethical theoryteori etikaPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang biasanya dibahagikan kepada empat aliran pemikiran iaitu (i) teori empirikal yang menegaskan bahawa etika lahir melalui pengalaman keinsanan dan dizahirkan melalui persetujuan bersama (ii) teori rasional yang menyatakan bahawa masyarakat menentukan sesuatu kebaikan atau keburukan itu berasaskan kemunasabahan (sebab musabab) (iii) teori intuitif menegaskan bahawa manusia secara fitrahnya memiliki dan memahami apa yang baik dan apa yang buruk (iv) teori wahyu (tanzil) yang menegaskan bahawa penentuan baik dan buruk adalah berasaskan kepada prinsip ketuhanan.

perspectivismperspektivismeKesusasteraanTiada1. Mazhab yang menganggap bahawa ilmu itu selalu bersifat relatif.,2. Aliran falsafah yang mengajarkan bahawa setiap pengetahuan pada hakikatnya adalah suatu interpretasi belaka.
affirmative warrantywaranti afirmatifPentadbiran PerniagaanTiadaWaranti yang menyatakan bahawa sesuatu fakta itu adalah benar serta menjamin bahawa keadaan ini dikekalkan di masa hadapan.
gravitational field theoryteori medan gravitiFizikModenTeori yang menganggap bahawa graviti sebagai suatu medan dan teori ini bertentangan dengan teori yang menyatakan bahawa daya bertindak dengan serta-merta dari jauh.
law of gearinghukum penggearanMekanikGunaanHuku ini menyatakan bahawa titik pic mestilah kekal tetap pada garis yang menhubungkan pusat dua geaar yang bersirat. Ini bermakna bahawa semua garis tindakan bagi setiap titik sentuh ketika mesti melalui titik pic. Lihat juga titik sentuh, titik pic, garis tindakan.
elitismelitismePendidikanTiada1. Kepercayaan bahawa sesebuah masyarakat atau negara patut ditadbir oleh segolongan kecil manusia yang dianggap mempunyai keistimewaan dan kelebihan daripada orang lain. 2. Teori sosial dan politik yang menegaskan bahawa hanya sebilangan kecil yang memegang kuasa dan pendidikan adalah untuk manfaat mereka.
12345678910...

Kembali ke atas