hail stage | tahap hujan batu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Tahap pembekuan termodinamik titisan air yang terampai dalam udara yang naik secara adiabatik dengan suhu di bawah takat beku, dengan andaian bahawa pelepasan bahawa pendam lakuran mengekalkan suhu malar sehingga semua air dibekukan. |
dualism | dualisme | Perubatan | Tiada | 1. Teori bahawa terdapat dua sel yang berbeza bagi pembentukan sel darah. 2. Teori bahawa manusia terdiri daripada dua sistem yang biasa, iaitu minda dan jasad. |
communalist | pengkauman | Sejarah | Tiada | Orang yang memegang fahaman bahawa dalam sesebuah pertubuhan, pada prinsipnya mestilah memastikan bahawa unit sosial atau politiknya adalah berpemerintahan sendiri. |
heliocentric theory | teori heliosentrik | Matematik | Tiada | Pandangan yang mengatakan bahawa matahari merupakan pusat sistem suria, dan bahawa bumi dan planet beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang berbentuk elips. |
ethical theory | teori etika | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip yang biasanya dibahagikan kepada empat aliran pemikiran iaitu (i) teori empirikal yang menegaskan bahawa etika lahir melalui pengalaman keinsanan dan dizahirkan melalui persetujuan bersama (ii) teori rasional yang menyatakan bahawa masyarakat menentukan sesuatu kebaikan atau keburukan itu berasaskan kemunasabahan (sebab musabab) (iii) teori intuitif menegaskan bahawa manusia secara fitrahnya memiliki dan memahami apa yang baik dan apa yang buruk (iv) teori wahyu (tanzil) yang menegaskan bahawa penentuan baik dan buruk adalah berasaskan kepada prinsip ketuhanan. |
perspectivism | perspektivisme | Kesusasteraan | Tiada | 1. Mazhab yang menganggap bahawa ilmu itu selalu bersifat relatif.,2. Aliran falsafah yang mengajarkan bahawa setiap pengetahuan pada hakikatnya adalah suatu interpretasi belaka. |
affirmative warranty | waranti afirmatif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Waranti yang menyatakan bahawa sesuatu fakta itu adalah benar serta menjamin bahawa keadaan ini dikekalkan di masa hadapan. |
gravitational field theory | teori medan graviti | Fizik | Moden | Teori yang menganggap bahawa graviti sebagai suatu medan dan teori ini bertentangan dengan teori yang menyatakan bahawa daya bertindak dengan serta-merta dari jauh. |
law of gearing | hukum penggearan | Mekanik | Gunaan | Huku ini menyatakan bahawa titik pic mestilah kekal tetap pada garis yang menhubungkan pusat dua geaar yang bersirat. Ini bermakna bahawa semua garis tindakan bagi setiap titik sentuh ketika mesti melalui titik pic. Lihat juga titik sentuh, titik pic, garis tindakan. |
elitism | elitisme | Pendidikan | Tiada | 1. Kepercayaan bahawa sesebuah masyarakat atau negara patut ditadbir oleh segolongan kecil manusia yang dianggap mempunyai keistimewaan dan kelebihan daripada orang lain. 2. Teori sosial dan politik yang menegaskan bahawa hanya sebilangan kecil yang memegang kuasa dan pendidikan adalah untuk manfaat mereka. |