Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahawa sesung-guhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. bahawa; 2. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahawa. 2 sesungguhnya; sebenarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahawasanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaa perkataan bahawa atau bahawasanya yang mana lebih tepat untuk dituliskan pada permulaan ayat.

Sdr Woon,

Dua contoh kata hubung komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

   (1)  Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

   Untuk makluman sdr, kata bahawa sinonim (kata yang sama atau hampir sama)  dengan kata bahawasanya, sesungguhnya, dan sebenarnya. Oleh hal yang demikian, sdr boleh menggunakannya kata hubung ini dalam pembinaan sesuatu ayat. Walau bagaimanapun, kata bahawa jarang-jarang digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam laras undang-undang. Contohnya dalam ikrar majlis rasmi: Bahawasanya kami berjanji akan taat setia kepada raja dan negara.

Tatabahasa21.03.2009
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul.
2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian".
3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya".
4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah.
Tatabahasa19.04.2012
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain18.11.2010

Kembali ke atas