Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.ya] | بهاي

Definisi : sesuatu yg (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dll): dlm nahas kereta itu, ia sendiri yg terlepas drpd ~;~ api = ~ kebakaran bencana yg boleh disebabkan oleh api; ~ bencana berbagai-bagai bencana; ~ kelaparan sesuatu yg boleh menyebabkan kelaparan; ~ maut sesuatu yg menyebabkan mati; ~ rugi kemungkinan rugi; menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yg sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya; berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~;keberbahayaan perihal atau keadaan yg berbahaya: ~ itu tersembunyi dlm pembinaan tamadun Barat;membahayakan mendatangkan bahaya: di bandar itu ada tempat yg ~, tempat banyak orang kena rompak; merokok ~ kesihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.ya] | بهاي

Definisi : apa-apa yg dpt mendatangkan kemalangan atau bencana; nahas: Moga-moga Allah melindungi engkau drpd sebarang ~. berbahaya ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. membahayakan mendatangkan bahaya: Menghisap rokok ~ kesihatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahaya

Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tembet[tem.bet]kata adjektifberkenaan sesuatu dalam kedudukan yang bahaya.Baek-baek bekayoh tu, perahu tu tembet nak tenggelam.[bAe/.bAe/ b«.kA.joh tu p«.ÄA.hu tu tem.bet nA/ t«N.g«.lAm]Baik-baik berkayuh itu, perahu itu sudah hampir-hampir hendak tenggelam.
bekilet[b«.ki.let]kata kerjaberlindung dan berteduh daripada hujan, kilat dan bahaya di sesuatu tempat.Bile pete, kawan bekilet kat belakang rumah kosong tu.[bi.l« p«.te kA.wAn b«.ki.let kAt b«.lA.kAN Äu.mAh ko.soN tu]Apabila petir, saya berlindung di belakang rumah kosong itu.
ujung ae[u.dZoN Ae] takat kemasukan air pasang.Jangan buat rumah kat ujong ae, bahye tu.[dZA.NAn bu.wAt u.mAh kAt u.dZoN Ae bAh.j« tu]Jangan membina rumah di kawasan takat kemasukan air pasang, bahaya tu.

Kembali ke atas