Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahru

Puisi
 

Johor Bahru ibu negeri,
     Sultan Mahmud raja mulia;
Berapapun cerah matahari,
     Bulan juga membawa cahaya.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gendang dua puluh empat musimgendang dua puluh empat musimMuzikTiada

 Sejenis ensembel masyarakat Cina Malaysia yang terdiri daripada 24 gendang besar atau shigu. Ensembel ini dipentaskan pertama kali di Johor Bahru pada tahun 1988. Setiap corak rentak muzik yang dimainkan menggambarkan suasana atau pergerakan petani pada setiap musim seperti musim membajak tanah, menyemai, dan menuai atau membanting padi. Si­nonim er shi sijieling gu.

city councilmajlis bandar rayaPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota negeri. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Majlis bandar raya ini bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dengan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada lapan hingga 24 orang ahli. Contohnya Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB). Lihat dewan bandar raya


Kembali ke atas