Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.hu] | باهو

Definisi : 1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak; mengangkat ~ bp menyatakan tidak tahu; 2. bahagian perantaraan pd suatu torak (pd tempat torak itu dikecilkan); ~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian utk laluan kenderaan); memikul di ~, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat; tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;membahu memikul, menyauk, menyangga;bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong: mereka ~ memberikan bantuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hu] | باهو

Definisi : bahagian badan di antara leher dgn pangkal lengan. ~ jalan ruang di tepi jalan raya yg biasanya lebih tinggi drpd jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah depan rumah dikenali sebagai bahu Jalan?Bahu jalan merupakan bahagian tepi atau sisi jalan.Makna26.09.2016
Apakah maksud perkataan belibir? Terdapat penggunaan 'belibir' pada uniform tentera darat iaitu "Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna". Saya mencari di dalam kamus tetapi tiada. Adakah ia merupakan salah satu kosa kata bahasa Melayu? boleh dilihat pada link berikut http://pesona.mmu.edu.my/~ktng/502AW/wataniah/pakaian_lelaki.htmlTidak ada perkataan belibir dalam pangkalan data kami, melalui semakan data korpus DBP juga tidak menemukan penggunaan kata belibir. Hal ini perlulah dirujuk terus kepada pihak yang berkenaan dan pihak kami juga akan cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kata tersebut.Istilah08.10.2014
mana satu perkataan yang betul 1. Perbaringan atau pembaringan 2. dirinduinya atau dirindunya 3. kifarah atau kifarat 4. kesekian kali atau ke sekian kali 5. terenjut bahu atau terhenjut bahu1. Pembentukan kata yang betul ialah perbaringan, iaitu tempat berbaring.
2. Perkataan dirindunya dan dirinduinya ialah bentuk pasif bagi kata merindunya dan merinduinya, kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
Tatabahasa16.01.2015
a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. b) Hei, awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?!" Alisa mencuit bahu Alina.a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. Sila rujuk buku Gaya Dewan untuk lebih menguasai aspek tanda baca.Ejaan03.11.2011
Bahu Asfa ditepuk dari/daripada belakang?Bahu Asfa ditepuk dari belakang.Tatabahasa09.11.2011
Keadaan Jalan itu menjadi semakin sempit apabila banyak kenderaan diletakkan ___________ Jalan. A. di tepi B. di hujung C. di tengah D. di bahu Jawapan yg sesuai di tepi atau di bahuJawapan yang sesuai ialah di bahu jalan. Namun  begitu, kedua-duanya boleh digunakan kerana ia mempunyai makna yang sama.Lain-lain15.05.2019
Maaf, saya ingin bertanya perbuatan meletakkan tangan di atas bahu seseorang dipanggil sebagai apa ye?Perbuatan tersebut dipanggil sebagai peluk bahu.Lain-lain06.05.2020
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis:  Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan.Tatabahasa28.10.2018
Bagi menangani masalah itu semua ahli masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin. munsyi, apakah kesalahan daam ayat ini? TQDalam konteks ayat ini, perkataan semua ahli masyarakat boleh ditukar kepada masyarakat atau semua pihak. Ayat yang lebih baik ialah 'Bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' atau ''Bagi menangani masalah itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.'Tatabahasa07.02.2012
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat.Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul.Tatabahasa24.03.2011
12345

Kembali ke atas