Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.hu] | باهو

Definisi : 1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak; mengangkat ~ bp menyatakan tidak tahu; 2. bahagian perantaraan pd suatu torak (pd tempat torak itu dikecilkan); ~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian utk laluan kenderaan); memikul di ~, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat; tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;membahu memikul, menyauk, menyangga;bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong: mereka ~ memberikan bantuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hu] | باهو

Definisi : bahagian badan di antara leher dgn pangkal lengan. ~ jalan ruang di tepi jalan raya yg biasanya lebih tinggi drpd jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shoulderbahu; bahu lurahGeografiTiadaTiada
bahubahuKesenianTiadaBahagian atas tubuh gasing sebagai tempat lilit tali.
sloping shoulderbahu cerunKesenianTiadaBahu seseorang yang menurun daripada bahu normal.
hook shotpukulan bahuSukanTiadaPukulan bahu: Pukulan yang dilakukan pada paras bahu pemukul.
bandjalur; pita;kolar bahuKesenianTiada7. Kolar bahu: Kolar lebar yang terletak di bahu, biasanya daripada fabrik linen, renda atau kambrik, dipakai pada tahun 1540 hingga 1670. Kemudiannya dijadikan kolar tumpang.
padded shoulderbahu berpadKesenianTiadaPad yang dijahit pada bahagian dalam bahu pakaian, bertujuan untuk menonjolkan bidang bahu. Diperkenalkan oleh Schiaparellis 1930-an dan dipopularkan kembali pada 1980-an.
one-shoulder dresspakaian bahu sebelahKesenianTiadaPakaian yang mempunyai bahu sebelah atau lengan sebelah dan mendedahkan bahu yang sebelah lagi.
shoulder blockadang bahuSukanTiadaTindakan petinju mengecilkan ruang sasaran atau melindungi sasaran bagi mengelakkan tumbukan lawan secara menarik ke dalam bahagian bahu hadapan dan merapatkan dagu ke bahu tersebut.
shoulder knotsimpul hias bahuKesenianTiada1. Simpul hias yang dipakai di bahu diperbuat daripada reben atau renda. Popular pada abad ke-17 dan ke-18.,2. Hiasan pasang tanggal yang terdiri daripada brid tali pintal dipakai di bahu pakaian seragam semasa upacara ketenteraan.
shoulder padped bahuPentadbiran PerniagaanTiadaPed segi tiga atau bulat dari benang sayat, apung, kapas atau gentian buatan yang berasingan atau dijahit pada bahu pakaian. Direka untuk menonjolkan bentuk bahu, mula diperkenalkan pada tahun 1930-an dan popular pada tahun 1940-an hingga sekarang.
12345678910...

Kembali ke atas