Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/] | باءيق

Definisi : 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Tak hilang cahaya manikam,
     oleh jatuh ke limbahan sekalipun.

Bermaksud :

Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(335)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
well1adv 1. in a good, proper or thorough manner, (dgn) baik, baik-baik: wash your hands ~ before touching the food, cuci tangan baik-baik sebelum menjamah makanan itu; our business treats its customers ~, perusahaan kami melayan pelanggan dgn baik; the work has been ~ done, kerja itu telah dilaksanakan dgn baik; he’s old and doesn’t see very ~, dia sudah tua dan penglihatannya tdk begitu baik; the children behaved very ~ during the long ceremony, kanak-kanak itu berkelakuan baik sekali sepanjang berlangsungnya upacara yg lama itu; a man who carries himself ~, seorang lelaki yg baik sikap lakunya; [for words consisting of “well” foll by a pp, e.g. ~-bred, ~-known etc, see individual entries below];Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over7. completely through, very carefully, betul-betul, baik-baik, habis-habis: will you read these documents ~, and tell me what you think?, bolehkah kamu membaca dokumen ini baik-baik, kemudian beritahu saya pendapat kamu?; think it ~ before you take any action, fikirlah baik-baik sebelum kamu mengambil tindakan; he counted them ~ several times, dia mengiranya baik-baik beberapa kali; 8. (US) again, semula, sekali lagi: the paper was so badly written that I shall have to do it ~, kertas itu ditulis dgn begitu buruk sehingga saya terpaksa menulisnya semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unladylikeadj tdk spt perempuan baik-baik: ~ behaviour, perangai yg tdk spt perangai perempuan baik-baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well-bornadj berketurunan baik-baik; (of aristocratic family) berketurunan bangsawan: a ~ woman, perempuan yg berketurunan baik-baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think~ the /best, worst/ of, menganggap /yg baik-baik, buruk/ sahaja: he always ~s the best of others, dia sentiasa menganggap yg baik-baik sahaja thdp orang lain; I don’t understand why he always ~s the worst of me, saya tdk faham kenapaKamus Inggeris-Melayu Dewan
think~ /twice, again/, berfikir /dua kali, baik-baik, dalam-dalam/: his father advised him to ~ twice before he took such an important step, bapanya menasihatinya supaya berfikir baik-baik sebelum mengambil tindakan yg penting begitu; that wilKamus Inggeris-Melayu Dewan
skim ~ st off, a. see vt (sense 1); b. (fig.) memilih sst yg baik-baik: early shoppers had ~med the cream off the goods in the sale, pembeli-pembeli yg datang awal telah memilih barang yg baik-baik drpd yg terdapat di jualan murah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well meaningadj /bermaksud, berniat/ baik, baik /maksudnya, niatnya/: a well-meaning woman who constantly interferes in other peoples’ affairs, seorang perempuan yg berniat baik yg selalu masuk campur dlm hal orang lain; their concern over the plan was ~, sikap mereka yg mengambil berat thdp rancangan itu memang bermaksud baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well-manneredadj /berkelakuan, berperangai/ baik, baik /kelakuannya, perangainya/: ~ young ladies, perempuan muda yg berkelakuan baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well-intentionedadj 1. (of person) berniat baik, baik niatnya: a ~ man but one often misunderstood, seorang lelaki yg berniat baik tetapi kerap kali disalahfahami; 2. (of effort etc) bertujuan baik: his ~ effort to mediate only made matters worse, usahanya yg bertujuan baik utk menjadi orang tengah hanya memburukkan lagi keadaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas