Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka menolong, mudah simpati dan pengasih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Baik-baik menjemur padi,
     Jangan dimakan burung belatuk;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar hati lebih elok.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Kurik Kundi Merah SagaBaik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Daik, Belikan saya sebilah parang; Kalau tuan hati yang baik, Semua orang suka berkawan.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih cabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Jangan dipilih rupa tak baik, Sahaja hati tidak berkenan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pucung terbang melintang, Hinggap mari Gunung Daik; Putih kuning sanggul melintang, Itulah tanda hati tak baik.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.
123

Kembali ke atas