Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka menolong, mudah simpati dan pengasih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Baik-baik menjemur padi,
     Jangan dimakan burung belatuk;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar hati lebih elok.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kind teacherguru baik hatiPendidikanTiadaTiada
agreeablenesskebersetujuanPsikologiTiadaSikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
ex aequo et bonoex aequo et bonoUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKuasa mahkamah atau tribunal untuk membuat keputusan berdasarkan �apa yang betul dan baik� atau �daripada ekuiti dan hati nurani�. Dalam hal ini, seseorang hakim misalnya boleh mengetepikan peraturan undang-undang yang ketat dan memutuskan sesuatu pertikaian berdasarkan rasa keadilannya (hati nurani) dan kebenaran, atau sesuai dengan apa yang dianggap sebagai adil. Perkara 38 Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberi kuasa kepada mahkamah antarabangsa itu untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang betul dan baik, tetapi hanya jika disepakati oleh pihak yang bersengketa.
pantun budipantun budiKesusasteraanPuisiTema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.
esprit de corpsesprit de corpsSejarahTiadaPerasaan bersatu hati dan berpadu, mengambil berat di antara satu sama lain, baik daripada segi fizikal dan emosi dalam sesebuah kumpulan atau masyarakat untuk mencapai tujuan yang sama.
insulin resistancerintangan insulinMakanan dan PemakananPemakananKeadaan apabila otot, adipos dan sel hati tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan mengakibatkan glukosa tidak boleh diserap daripada aliran darah. Keadaan ini merupakan gangguan metabolik akibat obesiti yang menyebabkan diabetes jenis 2.
voice exit modelmodel suara sepiPentadbiranTiadaModel kesatuan yang menuatakan bahawa adalah lebih baik bagi ahli menyuarakan ketidakpuasan hati mereka daripada membuat keputusan untuk mengundur diri.
political developmentpembangunan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah masyarakat yang sudah mencapai satu tahap yang baik atau matang. Politik yang maju sering dilihat sebagai memuaskan hati rakyat, dapat memelihara hak dan kepentingan orang ramai, berupaya memajukan ekonomi negara serta sentiasa dapat memelihara kestabilan dan keamanan. Dalam persoalan ini, timbul perdebatan mengenai negara yang lebih matang tahap politiknya. Bagi negara demokrasi, mereka mendakwa lebih matang dalam politik begitu juga dengan negara sosialis dan komunis yang mendakwa sedemikian. Contohnya, pembangunan politik negara-negara Scandinavia sangat pesat dan tinggi. Sinonim kemajuan politik.
high density lipoprotein (HDL)lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)Makanan dan PemakananPemakananSejenis lipoprotein yang mengangkut kolesterol kembali daripada sel kepada hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi dikenali juga sebagai kolesterol baik kerana tahap yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
12

Kembali ke atas