Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah dibuat rujukan di gerbang kata menunjukkan perkataan "puleh" tiada dalam senarai gerbang kata dbp. Soalan saya. Adakah benar perkataan puleh tidak membawa maksud pulih/sihat?Ejaan yang betul ialah pulih yang bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (daripada sakit dan lain-lain) atau menjadi baik (baharu lagi)Ejaan26.07.2021
Selamat pagi; Ayat berikut mana satu yang betul'; 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. apakah perbezaannya?? Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. Daripada Cikgu Tan ( SJK(C ) Tai Thung )1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedua-dua contoh ayat ini betul, ayat yang pertama ialah bentuk yang lazim digunakan, dan ayat yang kedua bersifat emotif.Tatabahasa20.04.2009
Salam Sejahtera, Diminta jasa baik tuan untuk meyemak semula lampiran file ini untuk permohonan papan tanda. Terima Kasih.Untuk pengesahan iklan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP  (bukan Khidmat Nasihat DBP). Sila daftar dahulu untuk mendapat kata laluan dan ikuti langkah seterusnya.Lain-lain03.12.2014
Pengurusan atasan Majlis Bandaraya Alor Setar juga mengiktiraf penyampaian minit Mesyuarat Kajian Semula pengurusan adalah juga penyampaian Keputusan Hasil Kajian Semula PengurusanSila nyatakan persoalan berkenaan bahasa Melayu dengan lebih jelas agar pihak kami dapat menjawab dengan baik dan betul. Lain-lain24.08.2022
Doli Indra TUES 17:10 Doli Indra Indra SALAM ,ramai yg btanyakan tajuk novel anugerah pertama dan pei pan karya ramlee awang murshid.. mohon jasa baik tuan mencetak semula buku ini.Selamat pagi: Pihak kami mengambil maklum cadangan tuan. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.10.2016
Assalamualaikum. Kita sedia maklum bahawa penggunaan kata pemeri adalah hanya boleh hadir di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif. Sekiranya ada dalam kalangan pelajar yang menulis sebegini; 'Salah satu kebaikan amalan kitar semula adalah mewujudkan persekitaran yang lebh baik. Seandainya ayat ini salah dari sudut tatabahasanya, apa penjelasan yang sesuai dilakukan agar pengguna bahawa benar-benar faham tentang kata pemerij dan bagaimanakah ayat yang betul?Seperti yang tuan sedia maklum ayat 'Salah satu kebaikan amalan kitar semula adalah mewujudkan persekitaran yang lebih baik salah kerana kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 263-265 dan 494-496 untuk penjelasan lanjut. Berikut cadangan ayat yang dibina untuk menggantikan ayat yang salah di atas.
1.   Amalan kitar semula dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
2.   Antara kebaikan amalan kitar semula termasuklah mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
Tatabahasa15.10.2014
Saya berminat sangat dan berharap pihak dewan bahasa dan pustaka akan menerbitkan semula buku2 lama seperti hikayat hang tuah dan diedarkan secara komersial supaya lebih mudah didapati.. Sebagai tambahan saya berharap laman sesawang untuk dewan bahasa dan pustaka dapat lebih ditambah baik supaya lebih menarik dengan grafiknya dan lain2 supaya masyarakat lebih minat untuk singgah ke halaman sesawang dewan bahasa dan pustakaBuku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP.Lain-lain06.07.2015
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No AlamatSila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan.Lain-lain18.01.2024
1) Dengan berbekal maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 2) Dengan berbekalkan maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Ayat (1) atau ayat (2) betul iaitu "dengan berbekal" atau "dengan berbekalkan" 3) memperbaharui lesen atau membaharui lesen? Terima kasih. Salam1. Ayat yang betul ialah Dengan berbekalkan maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.  

2. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain). Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan.
Lain-lain17.09.2015
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan?

1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

2.  Awalan memper-,  apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh.

3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif  baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik).

Ejaan31.10.2011
123456

Kembali ke atas