Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETROLEUM

Petroleum adalah salah satu daripada sumber

semula jadi yang paling berharga di dunia.

Sesetengah orang menamakan petroleum emas

hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan

sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang

dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa

kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan

ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api

petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik

untuk rumah dan premis perniagaan.

Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir

separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia.

UMUM 
MENCIUS

Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah

Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang

tokoh yang paling berpengaruh dalam

perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai

Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana

keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia

adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat

sesebuah negara mempunyai alasan apabila

menggulingkan atau malahan membunuh raja yang

zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai

orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan

memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa.

Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam

Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin

merupakan koleksi ajarannya.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep
SHEPPARTON

Shepparton (pend. 31 171ialah bandar di Victoria, Australia. Shepparton terletak di Sungai Goulburn, kira-kira 180 kilometer ke utara

Melbourne. Shepparton ialah bandar utama

di Lembah Goulburn yang subur dan pusat Skim

Pengairan Lembah Goulburn. Shepparton

mempunyai beberapa buah industri, sebuah pusat

membeli-belah yang sangat baik, dan pelbagai

kemudahan sukan dan kebudayaan, termasuk

sebuah pusat sivik dan galeri seni Shepparton

pada asalnya dikenali sebagai McGuire’s Punt. Pada

tahun 1853, bandar ini telah dinamakan semula

sebagai Shepparton sempena nama perintisnya

Sherbourne Sheppard, yang menetap di daerah itu

pada tahun 1843. Ia telah diisytiharkan sebagai

sebuah bandar pada tahun 1949.

UMUM 
TIKUS BELANDA

Tikus belanda ialah mamalia kecil di Amerika

Selatan. Ia adalah sejenis cavy liar yang dijinakkan.

Ahli sains menggunakan haiwan ini dalam

eksperimen yang banyak ubat. Tikus belanda juga

digunakan untuk penyelidikan dalam bidang

kelakuan, keturunan, dan pemakanan. Tikus

belanda menjadi haiwan kesayangan yang baik

kerana ia jarang menggigit dan mudah dijaga.

Tikus belanda adalah rodensia, seperti beaver ,

tikus dan tupai. Tikus belanda panjangnya dari 25

sentimeter hingga 35 sentimeter dan beratnya

lebih kurang 0.5 kilogram. Ia mempunyai kepala

yang besar, telinga yang kecil dan kaki yang

pendek. Kebanyakan tikus belanda yang semula

jadi mempunyai bulu berwarna perang atau kelabu

yang panjang, kasar.

UMUM 
MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, TAN SRIMOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, Tan Sri (1926-    ), Ketua Turus Angkatan Tentera yang keenam (1977-1981). Dia lahir pada 19 Januari 1926 di Kampung Pinang Baik, Selayang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu hingga Darjah Lima dan pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Persekolahannya terganggu akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, dia bekerja di Jabatan Pelajaran Jepun dan ditugaskan sebagai Penjaga Kutub Khanah Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat dengan Jepun, dia memasuki Marai Koa Kun Rengho di Melaka selama enam bulan. Apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung semula persekolahannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur hingga memperoleh Senior Cambridge.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas