Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/.bai/] | باءيق ٢

Definisi : 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik-baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Bermaksud :

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

 

Lihat selanjutnya...(335)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
good sortingpemilihan baik; pilihan baikKejuruteraanTiadaTiada
soft landingpemulihan bertahapEkonomiTiadaPemulihan terhadap sesuatu keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik secara bertahap. Contohnya, pemulihan semula ekonomi selepas dilanda pandemik.
soft landingpemulihan bertahapKesihatan AwamTiadaPemulihan terhadap sesuatu keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik secara bertahap. Contohnya, pemulihan semula ekonomi selepas dilanda pandemik.
poetic justicekeadilan impianKesusasteraanTiadauntuk melahirkan idea yang menerangkan perbuatan jahat akan dihukum, manakala perbuatan baik dibalas dengan baik.
good agricultural practicesamalan pertanian baikPertanianAgroteknologiSistem pengurusan sumber dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan satu skim, iaitu Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) yang merupakan skim pensijilan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam semua aktiviti di ladang. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pemilihan kawasan, penyediaan tanah, pengeluaran, penuaian dan pengendalian pascatuai.
acousticakustikKesenianDrama dan TeaterKesan lantunan bunyi yang terhasil di dalam auditorium atau panggung. Kualiti akustik yang lebih baik atau kurang baik bergantung pada bahan binaan dan kelengkapan yang digunakan untuk mengimbangi bunyi dalam ruang auditorium atau panggung. Dalam persembahan drama, akustik boleh memberikan kesan dramatik kepada penonton.
value judgmentpertimbangan nilaiPengurusanPerancanganSuatu penilaian secara subjektif terhadap seseorang atau situasi tentang tingkah laku, prinsip dan penampilan, sama ada baik atau tidak baik; sama ada patut atau tidak patut dilakukan. Pandangan ini selalunya dipengaruhi oleh elemen nilai yang dipegang dan interpretasi seseorang berdasarkan nilai etika, estetika, moral, ideologi dan fahaman agama masing-masing. Pertimbangan nilai boleh mempengaruhi pembuatan keputusan dan tindakan seseorang.
ameliorationameliorasiKesusasteraanTiada1. Proses perubahan makna yang dirasakan sesuai dengan masa dan membawa pengertian yang lebih baik. Contoh: kata isteri dianggap lebih baik dari kata bini dan suami lebih baik daripada kata laki.
الإمساك بالمعروفpergaulan baikAgama IslamFiqhPergaulan yang baik dalam hubungan suami isteri.
rapporthubung baikSejarahTiadaSifat sesuatu atau seseorang yang mempunyai hubungan yang baik yang dicirikan oleh keharmonian, tolak ansur dan kemakmuran.
12345678910...

Kembali ke atas