Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bait] | باءيت

Definisi : Ar ark rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bait] | باءيت

Definisi : 1. sajak dua baris; 2. bahagian sajak, rangkap;berbait bersajak (dua baris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bait] | باءيت

Definisi : (Komp) unit data atau saiz daftar (dlm sistem komputer) yg ditafsirkan sbg kata yg panjangnya lapan bit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bait] | باءيت

Definisi : 1 sajak dua baris. 2 bahagian drpd sajak yg sama panjangnya (iramanya); rangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bait] | باءيت

Definisi : ist unit data (dlm sistem komputer) yg ditafsirkan sbg kata yg panjangnya lapan bit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bait


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? 1.Setiap anak mestilah mengingati pengajaran ibu bapa mereka. 2.Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka. 3.Hasil ikatan saintis, terhasillah cara baharu merawat bagi kanser. 4.Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.Ayat yang betul ialah:
1. Setiap anak mestilah mengingati ajaran ibu bapa mereka.
2. Ikatan kata dalam bait-bait puisi penyair tersohor itu sungguh indah.
Lain-lain22.03.2021
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU?Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. Lain-lain25.03.2009
Adakah peribahasa lebih sudu dari kuah tiada dalam istilah bahasa Melayu. terima kasih.Ungkapan "lebih sudu dari kuah" digunakan masyarakat Melayu untuk menyindir sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang. Ungkapan tersebut juga boleh dikatakan sebagai peribahasa kerana peribahasa menggunakan bait-bait perkataan yang menarik.Tatabahasa27.12.2013
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih.Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya.Tatabahasa08.12.2013
Saya ingin tahu sama ada istilah Bahasa Melayu khusus untuk istilah 'Rickrolling'. Rickrolling is an Internet meme[1][2] involving the music video for the 1987 Rick Astley song "Never Gonna Give You Up". The meme is a bait and switch; a person provides a hyperlink seemingly relevant to the topic at hand, but actually leads to Astley's video. Berdasarkan penerangan Wikipedia di atas, apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah tersebut? Atau kekalkan sahaja istilah 'Rickrolling'?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rickrolling". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah01.04.2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas jawapan soalan-soalan yang lalu. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan penjodoh bilangan untuk perkataan, ayat, sajak, cerpen, karangan, esei, dan fikiran? Contoh: sebuah perkataan, sebuah sajak dan sebuah fikiran. Wassalam.Penjodoh bilangan bagi perkataan ialah patah perkataan, bagi sajak ialah buah,   potong,  rangkap atau bait bergantung pada bentuk sajak. Manakala bagi fikiran ialah sesuatu fikiran. Namun bukan semua perkara atau benda memerlukan penjodoh bilangan terutamanya perkara yang abstrak seperti fikiran, pendapat dan sebagainya.Lain-lain28.01.2009
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011
Saya nak tahu apa itu sajak secara umum dan juga huraian tentang aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur secara menyeluruh

Sajak ialah puisi sama ada tradisional mahupun moden. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain-lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu.

Namun terdapat pendapat umum yang menganggap sajak ialah puisi yang tidak terikat kepada konvensi dari segi rima, baris dan bait. Bagi puisi Melayu, ia tidak terikat kepada konvensi pantun, syair dan gurindam.

Dari segi bahasa, sajak dipercayai berasal dari perkataan Arab 'saf' yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama pada hujung tiap-tiap ayat atau suku kata ayatnya.

 

 

Lain-lain12.02.2009

Kembali ke atas