Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bait] | باءيت

Definisi : Ar ark rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bait] | باءيت

Definisi : 1. sajak dua baris; 2. bahagian sajak, rangkap;berbait bersajak (dua baris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bait] | باءيت

Definisi : (Komp) unit data atau saiz daftar (dlm sistem komputer) yg ditafsirkan sbg kata yg panjangnya lapan bit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bait] | باءيت

Definisi : 1 sajak dua baris. 2 bahagian drpd sajak yg sama panjangnya (iramanya); rangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bait] | باءيت

Definisi : ist unit data (dlm sistem komputer) yg ditafsirkan sbg kata yg panjangnya lapan bit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bait


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAIT

BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab ‘bayt’ yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua ‘misra’, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab:

La ta’mananna ‘ajuzatan tadkhulu fi’l-khba’i\Hal ta’mananu asadan ma’a’l-aghnami.

SASTERAKonsep
‘ALI ‘ABDULLAH, SALIH

`Ali `Abdullah, Salih (1363 H.– /1942 M. – )

ialah Presiden Republik Arab Yaman. Dia lahir di

Kampung Bait al-Ahmar, daerah Sanjan di San’a,

Yaman.

UMUM 
GURINDAM DUABELAS

GURINDAM DUABELAS, gubahan gurindam yang cukup panjang, terdiri daripada banyak bait dan dua belas pasal. Gurindam Duabelas ditulis pada hari selasa 23 Rejab 1264 H., oleh Raja Ali Haji dari Riau. Dia adalah salah seorang cucu Raja Haji yang masyhur; Raja Muda Riau berdarah Bugis, yang telah gugur di Teluk Ketapang ketika melawan Belanda di Melaka pada tahun 1784 M. Selain sebagai penyair, dia dikenal sebagai penulis sejarah dan penyusun kitab tatabahasa Melayu yang tergolong kuno. Hari lahir dan wafatnya tidak diketahui dengan pasti. Lahirnya kemungkinan di sekitar tahun 1809 M. dan wafatnya antara tahun 1869 M. dan 1875 M.

SASTERAKarya
TANAH AIR

TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta.  Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak “Tanah Air” ini pernah dimuatkan dalam majalah Jong Sumatera pada tahun 1920.

SASTERAKarya

Kembali ke atas