Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai.tul.mal] | بيتالمال

Definisi : Ar perbendaharaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bai.tul.mal] | بيتالمال

Definisi : badan yg menyimpan atau mengurus kewangan dan harta benda negara; perbendaharaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baitulmal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Saya ingin bertanya mengenai ayat dinamika. Adakah boleh menggunkan perkataan dinamika bagi ayat mengenal pasti dinamika baitulmal pada zaman kegemilangan Islam. Atau ada ayat yang sesuai digantikan dengan dinamika bagi menunjukkan kebolehan dan baitulmal baitulmal pada zaman kegemilangan Islam. Terima kasih atas bantuan dan pertolongan yang diberikan. Moga Allah memudahkan urusan tuan.Ejaan yang betul ialah dinamik yang bermakna bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yang lebih ~ harus mendapat perhatian yang tajam daripada orang ramai. Tatabahasa21.09.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan " Sejauh manakah peranan Baitulmal dalam Melestarikan Perancangan Kewangan Islam? " Terima kasihUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa26.03.2013
assalamualaikum.......saya razak bin esa pelajar dari kolej institut profesional baitulmal..... saya berminat dengan semua aktiviti yg dilakukan & dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka.......... saya ada sekali-dua pergi ke DBP utk menyaksikan dan menyertai program2 yg dilakukan DBP......ttp dalam amatan saya...program yg dianjurkan.....kadg2 tiada sambutan........ ...adakah pihak DBP tidak membuat liputan secara meluas terhadap program yg dijalankan??..... atau pihak DBP menghadkan bilangan peserta yg ingin menyertai program2 tersebut??Pihak DBP telah menjemput semua Media dan semua rakyat Malaysia melalui iklan di lawan seswang DBP. Sambut itu amat abstrak kerana DBP tidak boleh memaksa rakyat untuk mengikutinya tetapi cuma mampu mengajak demi sebuah kesedaranLain-lain23.11.2013

Kembali ke atas