Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ja/] | باجق

Definisi : alat utk menggemburkan tanah, tenggala, luku; ~ batas bajak utk membuat batas; ~ selalu di tanah yg lembut prb yg selalu menderita ialah orang yg lemah; ~ sudah terdorong ke bencah prb sudah terlanjur; dahulu ~ drpd jawi prb yg patut dahulu dikemudiankan, yg patut kemudian didahulukan;membajak menggemburkan tanah dgn bajak, menenggala, meluku: ~ sawah; ~ balas membajak utk kali yg kedua, pugar kedua;pembajakan perbuatan (kerja, proses, usaha) membajak, penenggalaan;pembajak 1. orang yg kerjanya membajak, penenggala; 2. alat utk membajak, tenggala: jentera ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja/] | باجق

Definisi : perompak, penyamun (di laut), lanun; bagai ~ wangkang makan diangkat prb dikatakan kpd orang yg suka kena puji;membajak merompak;pembajakan perompakan (di laut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja/] | باجق

Definisi : alat utk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala: Abang sedang ~ sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajak

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bajak selalu di tanah yang lembut.

Bermaksud :

Orang yang lemah selalu menderita.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conventional tillagepemugaran konvensionalPertanianAgroteknologiKaedah penyediaan tanah sebelum proses menanam yang telah lama diamalkan semenjak jentera pemugaran dicipta. Kaedah ini melibatkan tiga jenis peralatan, iaitu bajak sepak dan baja piring; bajak sikat dan bajak putar. Langkah pertama ialah pembajakan tanah untuk menghapuskan tumbuhan yang sedia ada di kawasan tersebut. Tanah dibajak dan diterbalikkan supaya semua tumbuhan akan terbenam ke bahagian bawah. Jenis bajak yang boleh digunakan dalam langkah ini penggunaan bajak sepak dan bajak piring. Langkah kedua ialah menggunakan bajak sikat yang berfungsi memecah ketulan tanah supaya butiran tanah menjadi kecil. Langkah ini diulang beberapa kali sehingga butiran tanah dikecilkan ke tahap yang diingini. Akhirnya, tanah boleh digemburkan dengan menggunakan bajak putar supaya butiran tanah menjadi halus.
whirlwing ploughbajak puting beliung/bajak puyuhKejuruteraanTiadaTiada
reduced tillagepembajakan berkurangPertanianAgronomi

Teknik penyediaan tanah yang merendahkan pembajakan bagi mengelakkan hakisan tanah. Dalam pembajakan konvensional, tanah biasanya dibajak dengan menggunakan bajak piring diikuti dengan bajak sikat dan diakhiri dengan bajak putar. Dalam kaedah pembajakan berkurang, hanya satu daripada alat ini digunakan, dan pembajakan mungkin hanya dilakukan di barisan tanaman.

conventional tillagebajakan konvensionalPertanianAgronomi

Kaedah penyediaan tanah sebelum menanam yang menggunakan peralatan secara bersiri. Kaedah ini dimulai dengan menggunakan bajak piring atau bajak sepak untuk membalikkan tanah supaya tumbuhan yang sedia ada dihapuskan. Proses ini disusuli dengan menggunakan penyikat tanah untuk memecahkan ketulan tanah. Akhirnya, bajak putar digunakan untuk menghaluskan butiran tanah. Tujuan penyediaan tanah seperti ini adalah untuk membasmi rumpai dan memudahkan penanaman biji benih. Terdapat juga pendapat yang menyatakan kaedah bajakan konvensional akan memusnahkan struktur tanah dalam jangka panjang serta menggalakkan hakisan tanah.

side-wall coringpenerasan sisi dindingKejuruteraanPetroleumProses pengambilan sampel formasi dari sisi dinding lubang telaga. Dinding formasi ditembak dengan bajak peluru. Sebaik sahaja peluru itu memasuki formasi, sebahagian daripada formasi akan terbajak ke dalam bajak peluru tersebut. Bajak peluru ini kemudiannya boleh ditarik naik ke permukaan telaga dan sampel formasi boleh dikeluarkan. Beberapa sampel boleh diambil dalam satu operasi.
post-emergence tillagepembajakan pascacambahPertanianAgronomi

1.  Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai  bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman.
2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris.
 
Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah.

ploughbajakGeografiTiadaTiada
subsoilerbajak subtanahPertanianTiadaTiada
subsoilerbajak subtanahKejuruteraanTiadaTiada
ploughbajakKejuruteraanTiadayang dikerjakan dan menggorek muka itu sambil ia bergerak, dan meluahkannya.,2. Pengikis berbentuk V yang menekan sabuk balikan penyampai, sambil mengenyah arang batu dan sampah darinya.,3. Alur yang dipotong secara memanjang dengan ira pada sepotong kayu.
123456

Kembali ke atas