Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.jang] | باجڠ

Definisi : 1. hantu yg berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan yg sedang mengandung atau kanak-kanak; 2. = lidah ~ = kuku ~ tanggam penyambung kayu (menyerupai ekor burung layang-layang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.jang] | باجڠ

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar asam tebing darat, akar ketam, akar meroyan sembang, daun ketam, serundang, Anadendrum montanum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.jang] | باجڠ

Definisi : 1 hantu berkuku panjang yg kononnya suka mengganggu wanita hamil atau kanak-kanak. 2 puting pd sambungan kayu yg bentuknya cakah ke luar dan tirus ke dalam: kuku ~ bahagaian sambungan kayu yg mencengkam puting atau yg dimasukkan ke dlm sela-sela puting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ragu-ragu terhadap cadangan yang diberikan sebelum ini. Boleh berikan cadangan baharu. "Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk stilt walker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk stilt ialah kaki bajang. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah orang kaki bajang."betul, tidak ada padanan stilt walker dalam pangkalan data kami. Stilt ialah kaki bajang, manakala walker pejalan. Jika konsep stilt walker sesuai saudara boleh menggunakan perkataan yang kami cadangkan iaitu orang kaki bajang.Istilah13.06.2012
Saudara & saudari, Bolehkah berikan padanan untuk "stilt walker" dalam bahasa Melayu.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk stilt walker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk stilt ialah kaki bajang. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah orang kaki bajang.Istilah12.06.2012
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010

Kembali ke atas