Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajau I;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh buku atau samada laman web bagi membantu mencari contoh peribahasa kaum Bajau

Missy

Sila hubungi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia , Cawangan Sabah.

Lain-lain20.08.2010
Apakah maksud perkataan "Pilang"? Terima kasihPerkataan ‘pilang’ tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Kata ‘pilang’ dalam masyarakat Bajau bermaksud ‘tanda lahir’. Sila berikan konteks penggunaan perkataan ini bagi mendapatkan maksud yang bersesuaian. Makna29.10.2014
Mohd Faizal 27/12/2016 09:59 Mohd Faizal Mohd salam sejahtera.. Mohd Faizal Mohd Admin, Saya ingin mendapatkan buku berikut Judul: ORANG BAJAU PULAU OMADAL Penulis: Yap Beng Liang Tahun terbitan: 1993 Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain27.12.2016
penggunaan perkataan bunda. apakah maksud perkataan bunda. mengapakah penggunaan perkataan tersebut digunakan jika, maksud perkataan bunda tiada di dalam kamus.Perkataan bunda bermaksud depan yang berkaitan dengan bentuk muka bumi dan idea berasosiasi dalam bahasa suku kaum Bajau Tuaran.  Perkataan ini belum dirakamkan dalam kamus kerana bahasa sukuan ini belum meluas penggunaanya dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa.Istilah24.05.2010
Tuan, Saya ingin bertanya tentang ungkapan "beriya-iya", seperti "dia beriya-iya benar makan buah epal". Apakah kata akar bagi ungkapan ini? Saya telah mencarinya melalui pelbagai kamus di laman web ini, tetapi tidak jumpa perkataan tersebut. Yang saya jumpa hanyalah perkataan "sonsog" pada kamus sukuan (bahasa Bajau) yang bermaksud beriya-iya. Adakah perkataan ini sebenarnya wujud dalam bahasa Melayu? Kalau wujud, apakah kata akarnya? Mengapakah ia tidak tercatat di dalam kamus? Saya berharap akan mendapat jawapan yang tepat daripada pihak tuan. Sekian. Azlee Ashraf Bin Ruslee Tsu, Mie, Jepun.

Ejaan yang betul ialah beria-ia, daripada kata dasar ia (bermaksud ya, iaitu kata yang membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dengan sesuatu). Kata terbitan beria-ia membawa beberapa maksud antaranya bersungguh-sungguh: dia beria-ia benar mengajak saya ke rumahnya.

Tatabahasa14.04.2009

Kembali ke atas