Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajau I;


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
limbai Bj Smtarian tradisional suku kaum Bajau Sama.Tarian Limbai merupakan satu lagi tarian asli kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai Kuala Papar, terutama sekali di kampung-kampung Kuala, Bundusan, Pengalat, Kawang dan Kinarut.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lepa Bj Spperahu.PERAHU yang mempunyai ukiran bunga. Lebih unik, ukiran itu diadaptasi daripada ayat al-Quran. Masyarakat Bajau memanggilnya lepa mengikut bahasa Bajau Semporna yang bermaksud perahu.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lolok Bj Spsejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna.Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lolai Bj Spsejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna.Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baju sampit, *badu sampit* Bj Smsejenis baju tradisional mengikut potongan badan untuk penari wanita.Oleh kerana tarian ini ditarikan oleh masyarakat Bajau, maka pakaian asli Bajau adalah menjadi pakaian bagi tarian ini, di mana penari-penari wanitanya haruslah memakai baju `sampit', berkain sungkit, bersubang, bergelang kaki dan tangan dan berserimpak.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jungkil Bj Smsejenis tarian tradisional yang ditarikan dalam majlis keramaian.Jungkil juga merupakan satu lagi tarian suku kaum Bajau. Tarian ini banyak ditarikan oleh masyarakat Bajau yang mendiami daerah Papar seperti di kampung Kuala, Pengalat Kecil, Bundusan dan Kawang.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
titik kuntau Bj Spsejenis irama paluan kulintangan.Kalau diperhati dengan teliti rentak atau irama titik kuntau yang menjadi satu tempo dan tarian di dalam tegungguk bagi masyarakat Bajau di Semporna ada persamaannya dengan rentak atau irama tigad-tigad bagi masyarakat Bajau di Kota Belud, di mana di dalam kedua-dua rentak atau irama tersebut penari-penarinya akan menari sama seperti keadaan orang yang sedang berpencak silat.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelauh Bjsub suku kaum Bajau yang hidup menetap dalam perahu.Palinmg tidak kusenangi ada orang-orang muda yang menutup hidung dan berbisik-bisik ‘pelauh’, apabila aku lalu di hadapan mereka.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
betitik Bjsejenis irama muzik tradisional masyarakat Bajau Sama yang menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang, bebandil dan kulintangan.“Nukung, apa kata kita cadangkan kepada Tok untuk mengadakan majlis betitik dan kalang sama untuk menghiburkan dan menghilangkan ketegangan penduduk Desa Selengkutai.”NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badu sampit Bj Smsejenis baju (tradisi Bajau Sama) tanpa lengan yang diperbuat daripada baldu hitam dan diberi hiasan.Badu sampit - baju yang diperbuat daripada kain baldu hitam yang juga dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna di samping butang-butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas