Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba/] | بق

Definisi : sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : IB 1. sj kotak besar (tempat sampah, air, dll); 2. kolam (tempat air di bilik mandi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : C dakwat Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : seperti; sebagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bak

Puisi
 

Kepiat lampam ke dinding,
     Dia makan bunga padi;
Adik duduk sanggul berdendang,
     Bak bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Guru kencing berdiri,
     murid kencing berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan.
Kurik Kundi Merah SagaKepiat lampam ke dinding, Dia makan bunga padi; Adik duduk sanggul berdendang, Bak bunga kembang pagi.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang.

Kembali ke atas