Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba/] | بق

Definisi : sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : IB 1. sj kotak besar (tempat sampah, air, dll); 2. kolam (tempat air di bilik mandi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : C dakwat Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : seperti; sebagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bak

Puisi
 

Kepiat lampam ke dinding,
     Dia makan bunga padi;
Adik duduk sanggul berdendang,
     Bak bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Guru kencing berdiri,
     murid kencing berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nyirusj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik).Kamus Dewan Edisi Keempat
sepasinMn kepompong sibur-sibur; ~ dapat bersiang prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka; bersurih bak ~, berjejak bak berkik, berbau bak embacang prb mempunyai bukti (tanda) yg sahih bkn sesuatu kejahatan (kesalahan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
melalahmemburu, mengejar; bak menanti orang dahulu, bak ~ orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia;Kamus Dewan Edisi Keempat
lalah IIMn; melalah memburu, mengejar; bak menanti orang dahulu, bak ~ orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia; terlalah terburu-buru, terkejar-kejar; ~ ter­kejar tertangkap sewaktu melakukan ke­jahatan (tanda bukti hukum).Kamus Dewan Edisi Keempat
anjur Imaju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke ha­dap­an; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pe­kerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombong­an tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan mat­lamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengah­kan pel­bagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.Kamus Dewan Edisi Keempat
langausj lalat (pikat) besar yg menggigit; ~ hijau lalat yg berwarna hijau dan berdengung­-dengung bunyinya; bagai ~ di ekor gajah prb orang yg menurut kemahuan orang besar atau orang yg pandai; hinggap bak ~ titik bak hujan = hinggap saja bagai ~ prb sesuatu yg berlaku dgn tiba­tiba; masuk ~ ke mulutnya prb terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
datar(sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji ka­kitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara me­lintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, merata­kan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerata­an; pendataran perihal atau perbuatan menda­tar­­kan (meratakan).Kamus Dewan Edisi Keempat
bakseperti; sebagai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bak VIKl besar atau bengkak (bkn kaki, betis).Kamus Dewan Edisi Keempat
bak Vbp beri, kasi: ~ aku barang yg engkau pegang itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas