Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba/] | بق

Definisi : sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : IB 1. sj kotak besar (tempat sampah, air, dll); 2. kolam (tempat air di bilik mandi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : C dakwat Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/] | بق

Definisi : seperti; sebagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bak

Puisi
 

Kepiat lampam ke dinding,
     Dia makan bunga padi;
Adik duduk sanggul berdendang,
     Bak bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Guru kencing berdiri,
     murid kencing berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersurih bak sepasin, berjejak bak berkik, berbau bak embacang.Kejahatan yang telah cukup bukti dan keterangannya. surih = garis; berkik = burung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak tengguli ditukar cuka.Pertukaran yang amat bertentangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak ras kuda pula kukuran.Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak rasa di liang lahad.Dalam kesempitan. lahad = lubang kubur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri.Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak orang gombang di lebuh.Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. gombang = elok; lebuh = jalan raya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas