Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kal] | باکل

Definisi : 1. seseorang yg akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, dll), calon: ~ suami; 2. akan, hendak: seminar yg ~ diadakan di DBP; 3. Jw untuk, buat: wang ~ beli pakaian;membakalkan mengerjakan pd tingkatan yg awal sekali, membuat bentuk yg kasar (dahulu), merancang;pembakalan perihal membakalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kal] | باکل

Definisi : yg akan menjadi sesuatu; yg akan dijadikan sesuatu: ~ sultan orang yg akan menjadi sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakal

Peribahasa

Tahu di angin turun naik.

Bermaksud :

Tahu akan alamat tentang sesuatu peristiwa yang bakal terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'CIKAL BAKAL" di dalam ayat Bahasa Melayu, memandangkan perkataan CIKAL BAKAL tiada di dalam kamus Dewan Bahasa. Adakah perkataan CIKAL BAKAL wujud di dalam kesusteraan Bahasa Melayu? Mohon nasihat tuan dalam hal ini. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Empat.

Dalam Wikipedia dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Cikal Bakal bermaksud
 i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR
 CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA
(ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARA.

Tatabahasa08.10.2012
Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran;  3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa.Tatabahasa25.01.2012
Apakah perbezaan antara maksud kata calon dengan bakal???? bagaimanakah cara untuk membezakannya??????

Kaedah paling mudah untuk membezakannya adalah dengan merujuk makna kedua-dua perkataan tersebut dalam Kamus Dewan,DBP.  “Calon”  (1) orang yang akan, atau dicadangkan untuk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (seperti bakal pegawai) calon guru orang yg sedang dididik untuk menjadi guru; calon menantu bakal menantu;  (2) orang yang dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi contoh ayat: semua calon walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yang sama dalam pilihan raya Persekutuan; makna (3) orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian contohnya calon UPSR. Bakal mempunyai hanya dua makna (1). seseorang yg akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, calon: bakal suami; 2. akan, hendak: seminar yang bakal diadakan di DBP. Jelas, perkataan “calon” dan “bakal” hanya sinonim dalam makna (1). Seperkara lagi,  “calon” mesti manusia tetapi “bakal” ada maksud akan, hendak (makna kedua untuk “bakal”. Konteks ayat akan membezakan makna dengan jelas.

Makna13.02.2014
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul.

1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar.

2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya.

Tatabahasa27.01.2011
Perbandaran yang bakal melakar personaliti yang tersendiri. Adakah bahasa melayu di atas betul?Perbandaran yang bakal melakar personaliti yang tersendiri. Ayat ini kurang tepat dari segi maknanya. Perbandaran perihal pentadbiran bandar, manakala personaliti bermaksud keperibadian seseorang.Tatabahasa26.01.2018
Tuan, adakah ayat ini betul. "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi" Terima kasih.Ayat "Bangunan itu bakal siap tidak lama lagi." adalah betul.Tatabahasa24.10.2011
APA MAKNA CIKAL BAKAL?TIADA DALAM KAMUS DEWAN. DALAM WIKIPEDIA DAN KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA ERTINYA (i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA (ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARAMakna15.04.2011
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih.

Saudara Norazizah,

Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung  

Lain-lain02.09.2009
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan.

Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tatabahasa25.03.2013
Saya penterjemah sari kata. Apakah istilah dalam bahasa melayu yang paling sesuai untuk "expecting parents"? Adakah "ibu bapa mengandung" diterima? Dalam konteks ini, "expecting" bermakna "hamil".Saudara, "expecting mother" diterjemahkan sebagai ibu mengandung. Jika "expecting parents" diterjemahkan sebagai "ibu bapa mengandung" tidak logik kerana bapa tidak mengandung. Maka, dicadangkan "bakal ibu bapa" atau "bakal ayah dan ibu".Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
1234567

Kembali ke atas