Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakar;

Puisi
 

Sapu tangan cindang berambu,
     Bakar akan cermin cinanya;
Jika sudah untung bertemu,
     Kita mendapat ia empunya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar tak berbau.

Bermaksud :

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"MALIM IKAN BAKAR" atau "IKAN BAKAR MALIM"? Saya rasa lebih sesuai "KEDAI IKAN BAKAR MALIM"...KEDAI IKAN BAKAR MALIM lebih sesuai digunakan.Istilah28.05.2013
Saya ingin bertanya.Apakah penggunaan yang betul bagi panggang dan bakar.Misalnya roti bakar.Apabila saya melihat Kamus Dewan edisi ketiga lebih sesuai untuk roti panggang.Tolong terangkan penggunaan yang lebih tepat untuk panggang dan bakar.Yang lebih sesuai digunakan ialah roti bakar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, panggang ialah sesuatu yang dimasak di atas bara api, manakala roti dimasak di dalam pembakar roti, oleh itu dinamai roti bakar dan dalam bahasa Inggeris ialah toast. Lain-lain11.09.2009
Salam tolong beritahu yang manakah jawapan yang paling tepat untuk soalan yang saya lampirkan ini.Berdasarkan gambar yang diberi, perkataan yang lebih sesuai ialah "bakar" kerana bakar merujuk kepada proses masakan menggunakan api. Panggang merujuk kepada proses masakan menggunakan arang api (tanpa api). Salai pula merujuk proses masakan yang diasapi.Lain-lain27.06.2019
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk " burn fat"/"burn calories"?Istilah bahasa Melayu bagi burn fat/burn calories ialah "bakar lemak/bakar kalori."Istilah23.08.2022
Berikut saya lampirkan saoalan saya kerana soalan ini berdasarkan gambar yang diberi. Harap dapat bantu memberikan jawapan yang paling tepat untuk soalan yang diuji.Berdasarkan gambar yang diberi, perkataan yang lebih sesuai ialah "bakar" kerana bakar merujuk kepada proses masakan menggunakan api. Panggang merujuk kepada proses masakan menggunakan arang api (tanpa api). Salai pula merujuk proses masakan yang diasapi.Lain-lain27.06.2019
Khaireen Abu Bakar Mar 19th, 3:48pm Salam admin..mohon pencerahan di mana di.Johor Bahru boleh kami dapatkan buku Rupa Dan Jiwa..pengarang Syed Jamal Jaafar Sekian..terima kasihAssalamualaikum. Untuk makluman, tuan boleh menghubungi pejabat DBP Wilayah Selatan sama ada dengan datang sendiri ke pejabatnya di No. 1& 2, Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor, ataupun melalui telefon, 07-2365588. Mohon bercakap dengan pegawainya bagi membantu mendapatkan buku yang berkenaan.Lain-lain19.03.2015
Aman Sah Abu Bakar 07:48 Aman Sah Abu Bakar Aman Sah assalam saya wakil dr sk telok gong...kami ingin mencari dato kemala utk menjemput beliau ke majlis makan malam jubli emas sekolah kami...beliau merupakan bekas guru di sekolah kami...apa cara kami untuk menghubungi beliau atau ada cara sila maklumkan saya...URGENT...Wa alaikumussalam. Alamat yang kami ada: YBhg. SN Dato' Dr. Haji Ahmad Khamal Abdullah, 321 Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 KUALA LUMPUR dato_kemala@yahoo.com 0122029130Lain-lain11.11.2016
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul.

1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar.

2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya.

Tatabahasa27.01.2011
Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih.Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli.Tatabahasa04.05.2012
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam.Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain.Tatabahasa30.01.2013
123456

Kembali ke atas