Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakar;

Puisi
 

Sapu tangan cindang berambu,
     Bakar akan cermin cinanya;
Jika sudah untung bertemu,
     Kita mendapat ia empunya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar tak berbau.

Bermaksud :

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Bakar bara waktu petang, Hendak melayur daun palas; Antara tiga sanggul melintang, Mana satu janda berhias.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat membaca jampi, Adik tak juga mahu menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat menahan sabar, Adik kutegur membuang muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau menebang sambil merambah, Bakar keladi di tepi sumur; Kalau abang berani bersumpah, Ingkar janji pendeklah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sapu tangan cindang berambu, Bakar akan cermin cinanya; Jika sudah untung bertemu, Kita mendapat ia empunya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cadar dihampar di atas padang, Bakar setanggi bunga kecubung; Sedar diri dagang menumpang, Tinggi pipi dari hidung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hujan lebat di Gunung Api, Bakar udang di tengah reba; Saya tak larang tuan berlaki, Kasih sayang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak udang dipanggang saja, Hendak bakar tiada berbara; Anak orang kupandang sahaja, Hendak bayar tiada belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan kupanggang saja, Hendak bakar tiada berbara; Anak orang kupandang saja, Hendak minta tiada belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas