Kurik Kundi Merah Saga | Bakar bara waktu petang, Hendak melayur daun palas; Antara tiga sanggul melintang, Mana satu janda berhias. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan cindang berambu, Bakar akan cermin cinanya; Jika sudah untung bertemu, Kita mendapat ia empunya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat di Gunung Api, Bakar udang di tengah reba; Saya tak larang tuan berlaki, Kasih sayang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang dipanggang saja, Hendak bakar tiada berbara; Anak orang kupandang sahaja, Hendak bayar tiada belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan kupanggang saja, Hendak bakar tiada berbara; Anak orang kupandang saja, Hendak minta tiada belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |