Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakar;

Puisi
 

Sapu tangan cindang berambu,
     Bakar akan cermin cinanya;
Jika sudah untung bertemu,
     Kita mendapat ia empunya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar tak berbau.

Bermaksud :

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bakar tiada hangus.Sangat degil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar tak berbau.Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar tak berapi.Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar air hendakkan abu.Pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siar bakar berpuntung suluh.Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puntung sekerat, penyiar rimba.Orang yang banyak anaknya. siar = bakar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakarlah air ambil abunya.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggerutus macam buluh di perun.Berkata-kata dengan cepat. gerutus = bagai bunyi dibakar; perun = bakar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu.Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas