Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kat] | باکت

Definisi : 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan;berbakat 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok;membakat 1. meninggalkan bakat (bekas, tanda): buih air laut yg ~ di pantai; 2. mengalamatkan, menandakan: merah di Timur ~ terbitnya matahari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kat] | باکت

Definisi : akronim bagi Badan Kebajikan Angkatan Tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kat] | باکت

Definisi : kebolehan ataupun kecekapan yg menjadi pembawaan sejak lahir: Dr kecil lagi, Hang Tuah lima bersaudara telah menunjukkan ~ sbg hulubalang. berbakat mempunyai kebolehan semula jadi; mempunyai bakat: Si kecil itu sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya seorang yang suka berkarya tetapi tidak berani menunjukkan bakat yang saya miliki...soalan,bagaimana saya boleh memberanikan diri untuk berdepan dengan pengkarya seperti saya ini?????
Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari kerana mempunyai keberanian untuk bertanya tentang bakat dan potensi diri kepada pihak kami. Sebagai seorang manusia, setiap daripada kita mempunyai bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap hamba-Nya untuk kita melalui perjalanan hidup ini di muka buminya. Justeru, seseorang itu harus mencari dan meneroka bakat ada ada pada diri sehingga seseorang itu tahu bahawa itulah potensi dirinya yang sebenar dan seterusnya memberikan fokus kepada bakat tersebut. bakat yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai jenis kemahiran semula jadi seperti memasak, bertukang, menjahit, dan termasuklah menulis atau mengarang. Memang semua perkara tersebut boleh dipelajari, namun bakat semula yang ada pada seseorang itu akan menjadi sesebuah hasil itu lebih baik dan tinggi mutunya.
Persoalan di sini sekarang ialah saudari merasakan diri seorang mempunyai bakat dan saudari juga telah menulis, tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah ketidak beranian saudari untuk menonjolkan karya saudari itu di khalayak ramai atau pembaca. Bagi kami, langkah pemula yang harus saudari ambil ialah yakin bahawa saudari harus menghantar karya saudari itu kepada mana-mana pihak penerbit. Langkah kedua, saudari boleh menyertai mana-mana bengkel penulis atau kursus penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Langkah ketiga, saudari boleh mengikuti mana-mana seminar yang berkaitan dengan kesusasteraan atau penulisan. Semua langkah yang diberi ini akan menambahkan keyakinan saudari terhadap diri sendiri dan bakat yang ada.
Seterusnya, saudari juga harus berani bertemu atau menelefon mana-mana pihak penerbit untuk bertanya dan berbincang tentang karya yang saudari hasilkan itu sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Jika saudari tidak melakukan, bakat dan potensi diri saudari itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu saudari harus memulakan. Semua bergantung kepada diri saudari sendiri.
Bagi pihak DBP, kami mencadangakan saudari merujuk laman web DBP untuk mengetahui bengkel, kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Sekian, terima kasih.
Lain-lain06.10.2009
boleh tanya adakah "bakat" tu boleh disemai kerana setahu saya bakat tu ialah kebolehan semulajadi. Terima kasih.Berdasarkan rujukan kami bakat bermaksud kebolehan semula jadi, untuk maklumat yang lain dan lebih terperinci sila rujuk buku/makalah yang membincangkan tajuk berkenaan.Lain-lain22.04.2010
Salam DBP. Mohon tuan cadangkan peribahasa yang sesuai utk : setiap orang mempunyai bakat/potensi sendiri Tkasih.Peribahasa yang berkaitan dengan bakat dan potensi diri antaranya; 1. Ada bakat -bermaksud seseorang yang mempunyai keupayaan dan berkebolehan dalam sesuatu bidang seperti melukis, mengarang dan sebagainya.2. Bakat terpendam -bermaksud kebolehan atau kepandaian yang ada pada seseorang tidak diketahui sehingga bakatnya berjaya dicungkil melalui pertandingan atau sebagainya. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, disusun oleh SN Abdullah Hussain  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Lain-lain29.07.2021
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa?Waalaikumussalam,
Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi.
Sastera20.06.2019
Saya seorang yg meminati bidang penulisan,bagaimanakah saya menonjolkn bakat saya ini?Apakah ada cara DBP membantu saya menggilap bakat dlm bidang penulisan? terima kasih. Anizah

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran dengan tempat/kawasan sdr. iaitu:

 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. No.    telefon : 088-439314, faks: 088-439732. Antara pegawai DBP Cawangan Sabah yang boleh dihubungi ialah Encik Nadin @ Maidin Haji Salleh (tel: 088-439260, e-mel: nadin@dbp.gov.my) atau Encik Noordin Zainal Abidin (tel: 088-439260, e-mel: noordinz@dbp.gov.my)

 Selamat berkarya dan berjaya! Salam.

Lain-lain21.09.2008
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih.

1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum.

Tatabahasa20.06.2008
Bagaimana utk saya mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau artikel?

Untuk mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau makalah, sdr teruskanlah menghasilkannya dan menghantarkannya kepada editor majalah terbitan DBP. Majalah DBP yang menyiarkan puisi ialah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Pelita Bahasa.  Alamat e-mel bagi masing-masing majalah ialah rozninah@dbp.gov.my mohidin@dbp.gov.my yusaida@dbp.gov.my zaidi_i@dbp.gov.my arruslan@dbp.gov.my armin@dbp.gov.my . Makalah yang disiarkan juga mengikut tema majalah masing-masing. Sekian, dan selamat berkarya.

 

 

 

Lain-lain27.02.2010
Hari Sukan diadakan ( bertujuan / bertujuan untuk ) mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.Hari Sukan diadakan bertujuan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan. - penggunaan 'bertujuan untuk' dianggap lewahTatabahasa05.04.2011
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "talent agent"? Istilah ini merujuk kepada ejen yang menguruskan atau/dan mencari bakat seperti pelakon, penyanyi, model dan sebagainya. Terima kasih Jawapan yang diberikan Kami mencadangkan talent agent diterjemahkan kepada Agensi Pencarian Bakat. Mohon pihak tuan mempertimbangkan padanan terjemahan tersebut berdasarkan maksud talent agent. A talent agent, or booking agent, is a person who finds jobs for actors, authors, film directors, musicians, models, film producers, professional athletes, writers, screenwriters, broadcast journalists, and other people in various entertainment or broadcast businesses Agent yang dimaksudkan bukanlah agensi tetapi merujuk kepada seorang ejen. Terima kasihUntuk makluman tuan, ejen bermaksud orang atau syarikat yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Boleh juga disebut Ejen Pencarian Bakat jika ia merupakan orang atau syarikat yang mengendalikan hal ehwal pencarian bakat. Manakala Agensi pula bermaksud tempat atau pejabat ejen berkenaan.Tatabahasa10.11.2017
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
12345678910...

Kembali ke atas