Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kat] | باکت

Definisi : 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan;berbakat 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok;membakat 1. meninggalkan bakat (bekas, tanda): buih air laut yg ~ di pantai; 2. mengalamatkan, menandakan: merah di Timur ~ terbitnya matahari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kat] | باکت

Definisi : akronim bagi Badan Kebajikan Angkatan Tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kat] | باکت

Definisi : kebolehan ataupun kecekapan yg menjadi pembawaan sejak lahir: Dr kecil lagi, Hang Tuah lima bersaudara telah menunjukkan ~ sbg hulubalang. berbakat mempunyai kebolehan semula jadi; mempunyai bakat: Si kecil itu sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakat


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bakat-bakat penulis timbul di Universiti PertanianTiadaUtusan Zaman22.04.1990
Bakat-bakat baru munchul hasil bimbingan Angkatan Seni Alor SetarZulkafli IbrahimBerita Harian04.09.1971
Bakat-bakat baru menerima bimbingan penulisanYazid OthmanBerita Harian02.01.1974
50 bakat-bakat baru penulis diberi bimbinganRamli IsmailUtusan Zaman05.08.1984
Peluang bakat-bakat baru untuk membina dan memajukan teaterTiadaUtusan Malaysia09.12.1988
'Dalang' ketengahkan bakat-bakat baruTiadaUtusan Malaysia17.02.1989
Sepatutnya cungkil bakat-bakat baru-Utusan Zaman13.01.1985
Peraduan mengarang timbulkan bakat-bakat baruYusof HamBerita Minggu24.12.1972
Keluarga DBP kemuka bakat-bakat barunyaTiadaBerita Harian08.08.1973
Hari Guru cungkil bakat-bakat baru di bidang penulisanTiadaHarian Nasional08.06.1984
12345678910...

Kembali ke atas