Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kat] | باکت

Definisi : 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan;berbakat 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok;membakat 1. meninggalkan bakat (bekas, tanda): buih air laut yg ~ di pantai; 2. mengalamatkan, menandakan: merah di Timur ~ terbitnya matahari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kat] | باکت

Definisi : akronim bagi Badan Kebajikan Angkatan Tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kat] | باکت

Definisi : kebolehan ataupun kecekapan yg menjadi pembawaan sejak lahir: Dr kecil lagi, Hang Tuah lima bersaudara telah menunjukkan ~ sbg hulubalang. berbakat mempunyai kebolehan semula jadi; mempunyai bakat: Si kecil itu sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flairbakatSukanTiadaBakat dan kebolehan semula jadi individu dalam permainan.
talent scoutingcungkil bakatKomunikasiTiadaUsaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi.
scholastic aptitude test (SAT)ujian bakat ilmiahPendidikanTiadaUjian untuk menilai bakat sebagai kelayakan masuk ke pusat pengajian tinggi.
aptitude-treatment interaction (ATI)interakasi bakat-ajarPendidikanTiadaTeknik menentukan kaedah pengajaran berasaskan bakat pelajar.
auditionuji bakatKesenianDrama dan TeaterProses penilaian kebolehan dalam persembahan seperti menyanyi, menari, berlakon dan bermain muzik. Melalui proses ini, kebolehan bakat calon akan diuji mengikut keperluan persembahan.
bait advertisingpengiklanan umpananKomunikasiKorporatStrategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan atau perkhidmatan yang menggunakan sesuatu daya penarik. Jenis daya penarik adalah pelbagai seperti mempamerkan kemahiran dan bakat. Contohnya, mempamerkan bakat silap mata untuk menarik perhatian khalayak terhadap barangan yang dijual, sehingga -lah mendemonstrasikan kehebatan prestasi barangan seperti alat permainan kanak-kanak. Melalui strategi ini, khalayak akan terdorong dengan kehebatan barangan yang dipamerkan dan seterusnya akan membeli barangan atau perkhidmatan tersebut.
aptitudebakatPendidikanTiadaTiada
talentbakatPentadbiranTiadaTiada
aptitudebakatPentadbiranTiadaTiada
talentbakatKomunikasiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas