Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.khil] | بخيل

Definisi : kikir, kedekut, lokek: walaupun dia kaya, dia sungguh ~;kebakhilan perihal (sifat) bakhil, kekikiran, kelokekan: orang yg dipelihara drpd ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.khil] | بخيل

Definisi : tidak rela memberikan atau meminjamkan kepunyaannya; kedekut. kebakhilan sifat bakhil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakhil

Peribahasa

Basuh tangan petap abu.

Bermaksud :

Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short term memory (STM))ingatan jangka pendek (STM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan sejumlah kecil maklumat dalam masa yang agak singkat. Maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah dalam bentuk imej terutamanya secara fonetik. Contohnya, jika individu diperkenalkan kepada seorang kawan yang bernama Khalil, individu tersebut mungkin akan lebih mudah mengingatinya dengan mengaitkannya dengan bunyi -lil seperti Bakhil, Akil atau Jalil berbanding nama Seman atau Murad. Ingatan ini juga dikaitkan dengan ingatan bekerja, iaitu satu kawasan dalam otak yang digunakan untuk berfikir. Ingatan ini sangat sensitif kepada gangguan kerana mudah dilupai jika terdapat perkara yang mengganggunya.

Kembali ke atas