Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba/.ti] | بقتي

Definisi : perbuatan baik utk menyatakan setia (kasih, hormat, dll), jasa: membuat ~ kpd negara;berbakti berbuat bakti (kpd), berjasa: ~ kpd nusa dan bangsa;membaktikan memberikan sesuatu utk tanda bakti, mengabdikan (menghambakan) dlm membuat sesuatu yg berfaedah: ~ harta dan tenaga kpd tanah air;kebaktian perbuatan baik (bakti), rasa setia (kasih, hormat, dll): jikalau demikian, siasialah ~ku;pembaktian perihal membaktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba/.ti] | بقتي

Definisi : perbuatan yg baik lagi berguna kerana setia atau kasih: Kita hendaklah selalu berbuat ~ kpd Allah, kedua-dua ibu bapa dan kpd sesama manusia. berbakti berbuat bakti; berbuat taat dan setia: Allahyarham Datuk Onn telah ~ kpd nusa dan bangsa. kebaktian hasil drpd berbakti; kesetiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Peace CorpsPasukan Khidmat BaktiSejarahTiadaTiada
service learningpembelajaran khidmat baktiPendidikanTiadaTiada
Volunteer Service OverseasPasukan Khidmat BaktiSejarahTiadaTiada
social supportsokongan sosialPerubatanTiadaBakti sukarelawan kepada pesakit bagi menggalakkan kesejahteraan kesihatan.
corporate philanthoropydermawan syarikatPentadbiranTiadaSumbangan syarikat kepada kepentingan tanggungjawab sosial dan amal bakti.
homeoarctonpersamaan awal/hemeoarktonKesusasteraanTiadaPengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12]
quasi NGOsepara NGOPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang biasanya disokong oleh kerajaan. Separa NGO bersifat separuh bebas dan berperanan memeriksa serta mengkritik perjalanan pentadbiran, namun dilihat bergerak selari dengan kepentingan dan dasar kerajaan. Contohnya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Dalam pentadbiran awam, terdapat Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Puspanita dan Persatuan Isteri Menteri (BAKTI). Singkatan quango.


Kembali ke atas