Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ku] | باکو

Definisi : 1. Jw bkn sesuatu yg pokok, yg dasar, yg benar; makanan ~ makanan utama; harga ~ harga pokok; 2. bkn sesuatu yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu;membakukan menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu;kebakuan sifat atau keadaan baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): pertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dr segi sebutan dan tatabahasa;pembakuan usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ku] | باکو

Definisi : Id ark saling; ~ hantam saling memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ku] | باکو

Definisi : 1 utama; penting: makanan ~ makanan yg utama. 2 diterima dan diakui; sah dan benar (ttg sukatan, ukuran dll); bahasa ~. membakukan menjadikan baku: Banyak usaha yg telah dilakukan utk ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu. kebakuan keadaan atau sifat baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): ~ bahasa dan sebutan menjadi kriteria utama dlm menentukan pemenang. pembakuan proses atau perbuatan membakukan: Kecekapan sistem ini dpt mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam...saya ingin bertanya berkenaan dengan sebutan baku. Adakah sebutan baku boleh disama ertikan dengan bahasa baku? Maksud saya, adakah ciri-ciri bahasa baku dan sebutan baku adalah sama? Apakah perkaitan antara bahasa baku dengan sebutn baku? Terima KasihSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.Tatabahasa29.10.2008
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan.Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata.  Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.  Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku.Lain-lain03.10.2012
(a) Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu. (b) Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi. (C) Apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu.

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. Untuk maklumat lanjut tentang sebutan baku termasuklah kebaikan dan keburukan sila rujuk kertas kerja/makalah/buku yang berkaitan.

Tatabahasa01.07.2010
Saya ingin tahu mengenai isu bahasa baku dan kesukaran sebutan baku Bahasa Melayu dilaksanakan di negara ini. Bagaimana sejarah perlaksanaannya, penyediaan pedoman umum sebutan baku, peranan agensi awam dan kesungguhan pelaksanaannya. Diharap pihak tuan dapat memberi maklumat berkenaan. Sekian, terima Kasih.Soalan saudara berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian yang mendalam. Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kami memberikan sedikit penerangan mengenai sebutan baku untuk kefahaman awal saudara. 

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.
Tatabahasa14.07.2013
Mengapakah kata 'diayah' dianggap baku dan 'dakyah' tidak baku walhal dalam korpus DBP sendiri kata dakyah melebihi penggunaan diayah? Apakah hujah memilih diayah sebagai ejaan baku? (yang langsung tidak mencerminkan penggunaan lazim masyarakat).Perkataan diayah ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Ejaan diayah dianggap baku kerana pembentukan ejaan ini  mengikut pedoman/ panduan  yang ditetapkan dalam buku  Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi edisi kedua terbitan DBP. Ejaan dakyah wujud sebelum ini dan terakam dalam korpus DBP kerana ia lazim digunakan dalam masyarakat dan  pada waktu tersebut belum wujud Pedoman Transliterasi perkataan Arab ke ejaan Rumi.      Ejaan21.11.2018
1. Apakah definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau(biasa) dari segi fonologi? 3. Apakah Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu?1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.Makna25.05.2010
SALAM Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai : 1. definisi sebutan baku 2. dasar umum sebutan baku bahasa melayu 3. perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau (biasa) dari segi fonologi 4. kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu Terima KasihSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tatabahasa15.06.2010
apakah bahasa baku?Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.Makna04.07.2006
Maksud bahasa baku.Bahasa baku ialah bahasa yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), dgn kata lain bahasa baku ialah bahasa standardMakna18.08.2007
1. DEFINISI SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU. 2. PERBEZAAN SEBUTAN BAKU DENGAN JOHOR-RIAU DARI SEGI FONOLOGI. 3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.Lain-lain17.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas