Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ku] | باکو

Definisi : 1. Jw bkn sesuatu yg pokok, yg dasar, yg benar; makanan ~ makanan utama; harga ~ harga pokok; 2. bkn sesuatu yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu;membakukan menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu;kebakuan sifat atau keadaan baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): pertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dr segi sebutan dan tatabahasa;pembakuan usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ku] | باکو

Definisi : Id ark saling; ~ hantam saling memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ku] | باکو

Definisi : 1 utama; penting: makanan ~ makanan yg utama. 2 diterima dan diakui; sah dan benar (ttg sukatan, ukuran dll); bahasa ~. membakukan menjadikan baku: Banyak usaha yg telah dilakukan utk ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu. kebakuan keadaan atau sifat baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): ~ bahasa dan sebutan menjadi kriteria utama dlm menentukan pemenang. pembakuan proses atau perbuatan membakukan: Kecekapan sistem ini dpt mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baku


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non standardbukan standard/tak bakuSosiolinguistikTiadaVariasi bahasa, yang menandakan perbezaan dengan bahasa baku dan selalunya dilabelkan sebagai 'kasar' atau 'tidak betul'.
ortheopysebutan bakuLinguistikTiadaTiada
nonstandardbukan bakuLinguistikTiadaTiada
standardbredbaka bakuVeterinarTiadaTiada
standard tuningtala bakuKesenianTiadaPenyelarasan bunyi yang diterima umum.
zero-balance accountakaun baku sifarPentadbiranTiadaAkaun pembayaran yang sentiasa mempunyai baki sifar. Wang hanya dimasukkan ke dalam akaun tersebut dengan secukupnya untuk cek yang telah ditulis sahaja.
diglossiadiglosiaPendidikanTiadaKehadiran dua kelainan bahasa baku, yang satu lebih tinggi statusnya berbanding dengan lain. Contohnya, bahasa Arab yang digunakan dalam suasana rasmi dengan kelainan yang tidak rasmi.
accordare (It)menalaKesenianSeni Muzik

Menyamakan bunyi mengikut tala baku.

ikat tantilongikat tantilongKesenianTiadaPepeh kemasan untuk menghias badan anyaman seperti baku, buyung dan sebagainya.
dialectdialekLinguistikTiadaKelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Antaranya termasuk dialek kawasan dan dialek sosial.
12

Kembali ke atas