Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id ark saling; ~ hantam saling memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baku II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa Melayu Baku. trangkan n cth???BM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yang termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.06.2011
apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayuBM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yg termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain27.05.2010
Saya Komariyah Satapo sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa YIU.Ingin bertanya buku bertutur bahasa melayu .Terimakasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Tatabahasa24.10.2013
Saya Muslimah Deng sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. ingin bertanya:Cara tiknik dalam membaca itu ada berapa cara.Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.10.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
Salam sejahtera! Mengenai perkataan bisa, rujukan di kamus menunjukkan bahawa ianya mempunya makna berikut: bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Adakah perkataan bisa diterima di dalam perbendaharaan Melayu, walaupun seringkali digunakan di dalam pertuturan/penulisan bahasa Indonesia? Apakah ianya sudah dimelayukan and ianya menjadi perkataan Melayu yang rasmi, seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Saya dapati bahawa ada sekumpulan perkataan/istilah Indonesia yang disenariakan di dalam kamus. Apakah sebabnya perkataan ini disenaraikan, manakali yang lain pula dikecualikan? Maaf jika soalan saya ini dianggap terlalu kasar/tidak beralas. Sekian, terima kasih!
Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Dalam penulisan di Malaysia, sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dengan pemilihan kata yang bersesuaian. 
Tatabahasa12.05.2020
1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan?

1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja),  ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif),  iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama)

2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia.

3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut.

Tatabahasa08.04.2009
(a) Adakah kata adjektif emotif (perasaan) tidak boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, misalnya amat takut sekali / sangat bimbang sekali? (b) Jika kata penguat "amat sangat" diterima, bagaimanakah pula dengan "amat sungguh", ataupun "sungguh sangat"? (c) Adakah kata hubung "jikalau" merupakan singkatan daripada "jika" dan "kalau"? Dan, bolehkah "jikalau" digunakan sebagai bahasa baku? Sekian, terima kasih.

(a) Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah..  

 i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Namun begitu, binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(b)  Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, tidak ada kata penguat "amat sangat", "amat sungguh" dan "sungguh sangat", tetapi dari segi penggunaannya adalah salah satu daripadanya dan tidak ada gabungan, contohnya amat, sungguh dan sangat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(c) Betul. Kata hubung"jikalau" merupakan kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya;  kalau. Perkataan ini terhasil singkatan daripada "jika" dan "kalau". Oleh itu, perkataan ini diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.

 


Tatabahasa25.06.2008
PERBEZAAN MAKNA ANTARA BAHARU DAN BARUMerujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan.Makna04.04.2009
apakah perbezaan "baharu" dan "baru"Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan.Makna15.06.2008
12

Kembali ke atas