Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bakoi lau[bA.koj lAw] sejenis bakul buluh untuk mengisi padi.Depa simpan padi dalam bakoi lau.[dE.pA sim.pAn pA.di dA.lAm bA.koj lAw]Mereka menyimpan padi di dalam bakul lau.
beraeh rendang[b«.ÒAEh Ò«n.dAN] anyaman daun mengkuang yang dikemin pada bakul padi mengelilingi bahagian bawah bingkainya.Padi dalam bakoi tu tak penoh, takat beraeh rendang dia saja.[pA.di dA.lAm bA.koj tu tA/ p«.noh tA.kAt b«.ÒAEh Ò«n.dAN di.jA sA.dZA]Padi di dalam bakul itu tidak penuh, tetapi setakat beras rendang sahaja.
kecong[kE.tSoN]kata namasejenis bakul tanpa bingkai yang dianyam daripada mengkuang (biasanya digunakan untuk menyimpan barang-barang dapur).Beraeh hak dah tampi dia buboh kat kecong.[b«.ÒAEh hA/ dAh tAm.pi di.jA bu.boh kAt kE.tSoN]Beras yang sudah bertampi itu dimasukkan ke dalam kecung.

Kembali ke atas