Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bujang[bu.dZAN] bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong.Mok junjong bujang jemo padi.[m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di]Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi.
buyong[bu.joN]kata namabakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang.Ce ulo buyong, mok nok buboh padi[tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di]Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi.
bako kuci[bA.ko ku.tSi] sejenis bakul yang dibuat daripada buluh berbentuk bulat atau segi empat untuk membasuh atau tos sesuatu.Bok sini bako kuci tu, nok basoh beraih.[b/ si.ni bA.ko ku.tSi tu n/ bA.s/ b«.ÄAC]Bawak ke sini bakul bulat itu, hendak membasuh beras.
jobeng[dZ.beN]kata namasejenis bakul kecil diperbuat daripada mengkuang.Bak jobeng sireh mak tu.[bA/ dZ.beN si.Äeh m/ tu]Ambilkan jobeng sirih emak itu.
jut[dZut]kata namasejenis alat menangkap ikan dengan menggunakan joran yang diikat pada bakul dan boleh menjerut (biasanya untuk menangkap ikan kaloi).Boh la keladi dalam jut tu kalo nok dapat ikan besa.[boh lA k«.lA.di dA.lAm dZut tu kA.lo no/ dA.pAt i.kAn b«.sA]Masukkanlah keladi ke dalam jut itu kalau hendak mendapatkan ikan besar.
selenseng[s«.lEN.seN]kata namasejenis pokok yang hidup dikawasan paya, seperti pokok mengkuang tetapi saiznya lebih kecil. Daunnya berduri dan boleh dibuat kraftangan seperti bakul, tikar dan sebagainya.   
kelebe[k«.l«.bE]kata adjektifberkenaan seseorang yang gemuk atau sakit yang tidak berupaya melakukan sesuatu, boyak.Nok angkat bako pon kelebe ngat.[n/ AN.kAt bA.k pon k«.l«.bE NAt]Nak angkat bakul pun tak berupaya.
boyok II[b.j/]kata kerjaberkenaan seseorang yang tidak berupaya melakukan sesuatu kerana sakit, kegemukan dan lain-lain.Boyok ngat awok ni, angkat bako pon tok daye.[b.j/ NAt A.w/ ni AN.kAt bA.k pn t/ dA.j«]Tak berupaya sangat awak ni, angkat bakul pun tidak mampu.

Kembali ke atas