Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
loncong[ln.tSN]kata adjektifkosong, tiada lagi, habis.Tadi ponoh bako tu dek buah-buahan, ni dah loncong.[tA.di p.nh bA.k tu dE/ bu.wAh.bu.wAh.An ni dAh ln.tSN]Tadi bakul itu penuh dengan buah-buahan, kini bakul sudah kosong.

Kembali ke atas